Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Overviews

Pengguna Di Malaysia Mula Terima Ciri “AI Overviews in Search”

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 5, 2024 oleh ariff bukhari

Google telah pun mula meluaskan lagi penawaran ciri carian menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) kepada lebih ramai pengguna di lebih 100 buah negara termasuklah Malaysia.

Ciri yang dikenali sebagai AI Overviews in Search itu terlebih dulu dilancarkan kepada pengguna di AS sejak Mei lalu.

Google berkata, dengan AI Overviews in Search, ia menjadikan carian maklumat lebih mudah berbanding sebelum ini merentas laman sesawang.

“AI Overviews boleh mengambil kerja daripada carian dengan menyediakan snapshot yang dijana AI dengan maklumat penting dan pautan untuk carian yang lebih mendalam.”

AI Overviews

Menjelaskan lebih lanjut, AI Overviews menggunakan AI generatif, iaitu sejenis kecerdasan buatan yang mempelajari corak dan struktur daripada data yang dilatih dan menggunakannya untuk mencipta sesuatu yang baharu.

Namun begitu Google tetap mengingatkan bahawa teknologi ini mungkin memberikan maklumat yang tidak tepat atau menyinggung perasaan.

Ringkasnya, Google mengakui bahwa AI Overviews mereka boleh dan akan membuat kesilapan.

AI Overviews
Contoh hasil carian oleh AI Overview di aplikasi pelayar Chrome.

Jadi, untuk membangunkan dan meningkatkan pengalaman AI generatif dalam Carian dan teknologi pembelajaran mesin yang berkaitan, Google berkata mereka menggunakan interaksi pengguna dengan Carian dan pengalaman AI ini.

Ia boleh termasuk interaksi seperti perkara yang dicari oleh pengguna dan maklum balas yang pengguna berikan kepada Google.

“Dengan maklum balas pengguna dan ulasan manusia, kami menilai dan meningkatkan kualiti hasil dan produk kami secara bertanggungjawab.”

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • CATL Melancarkan Bateri HEV Pertama Di Dunia Beri Julat Perjalanan Lebih 400KM

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY