CATL telah melancarkan bateri hibrid pertama di dunia yang mencapai jarak elektrik tulen lebih 400 km dan dilengkapi pengecasan super 4C.
Dikenali sebagai Freevoy Super Hybrid Battery, CATL berkata bateri mereka ini membuka era baru untuk bateri EREV dan PHEV berkapasiti tinggi.
Direka untuk kenderaan hibrid, Freevoy mengatasi masalah jarak pendek dan pengecasan lambat dengan membolehkan perjalanan mingguan dengan satu pengecasan dan mencapai jarak 280 km dalam hanya 10 minit pengecasan.
Teknologi ini menggabungkan bahan katod dengan salutan nano pelindung dan elektrolit tinggi voltan untuk kecekapan tinggi ion litium, meningkatkan prestasi bateri sebanyak 20%.
Freevoy juga menggunakan teknologi bateri ion natrium bagi mengatasi had suhu rendah hingga -40°C, meningkatkan ketepatan kawalan bateri sebanyak 30%, serta menawarkan prestasi pengecasan dan penggunaan di suhu ekstrem.
CATL memaklumkan, bateri ini telah digunakan dalam model jenama kereta utama seperti Li Auto dan NETA, dengan model baru dari Geely, Chery, dan lain-lain yang akan turut dimuatkan dengan bateri ini pada 2025 akan datang.
{suggest}
Sumber: CATL