Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cimb octo_1

Pengguna CIMB OCTO Akan Terima Notifikasi Amaran Jika Benarkan Akses Aplikasi Tertentu

Diterbitkan Jun 28, 2024 · Dikemas kini Jun 28, 2024 oleh Amalina Athman

CIMB Bank kini mengumumkan pelaksanaan langkah keselamatan tambahan dalam aplikasi CIMB OCTO, berkuat kuasa 27 Jun 2024.

Berkaitan

  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Pengalihan Keluar Aplikasi CIMB Clicks
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

Penambahbaikan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada potensi penipuan yang dikaitkan dengan perisian hasad yang mengeksploitasi kebenaran perkongsian skrin dan kebolehaksesan.

Sekiranya telah mengaktifkan perkongsian skrin dan kebenaran kebolehaksesan untuk aplikasi tertentu, pengguna akan menerima pop-up amaran apabila menggunakan aplikasi CIMB OCTO.

Untuk terus menggunakan aplikasi CIMB OCTO, pengguna perlu melumpuhkan (disable) perkongsian skrin serta mematikan kebenaran kebolehaksesan dan/atau nyahpasang aplikasi tersebut daripada peranti mudah alih.

Jelas CIMB, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memerangi penipuan dalam talian.

Sumber: CIMB Bank

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY