CIMB baru sahaja mengumumkan bahawa aplikasi CIMB Clicks akan dialih keluar dari gedung aplikasi dan digantikan dengan aplikasi CIMB OCTO, berkuat kuasa 11 Jun 2024.
Namun, ia mungkin menimbulkan persoalan mengenai penggunaan aplikasi sedia ada. Teruskan bacaan bagi mengetahui selanjutnya.
{suggest}
Apa maksud aplikasi CIMB Clicks dialih keluar?
Aplikasi CIMB Clicks tidak lagi tersedia untuk dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store, Huawei AppGallery dan saluran aplikasi rasmi yang lain.
Apa jadi dengan aplikasi sedia ada?
Tiada sebarang perubahan. Pengguna masih boleh mengakses dan melakukan transaksi perbankan dalam talian dengan menggunakan aplikasi CIMB Clicks, namun ia mungkin tidak lama. Menurut CIMB,
Still using CIMB Clicks App? You can continue using it but not for long.
Macam mana nak akses akaun selepas aplikasi dialih keluar?
Seperti dinyatakan, pengguna masih boleh menggunakan aplikasi CIMB Clicks sehingga satu tempoh. Namun, disarankan untuk memuat turun dan berpindah ke aplikasi CIMB OCTO.
Muat turun aplikasi CIMB OCTO boleh dilakukan melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
Kalau tukar ke CIMB OCTO, macam mana nak akses akaun?
Akses boleh dilakukan seperti biasa kerana semua tetapan telah dipautkan dengan ID CIMB Clicks pengguna.
Hanya perlu log masuk menggunakan ID CIMB Clicks sedia ada – satu ID boleh digunakan untuk log masuk kedua-dua aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO.
Sebagai langkah keselamatan, pengguna hanya boleh melakukan dan meluluskan transaksi perbankan melalui aplikasi CIMB ОСТО 12 jam selepas log masuk kali pertama pada peranti mudah alih baharu.
Akan tetapi, tidak perlu risau kerana pengguna boleh menggunakan aplikasi CIMB Clicks untuk transaksi sepanjang tempoh menunggu pengaktifan di CIMB OCTO.
Akses laman web CIMB Clicks pula macam mana?
Tiada perubahan. Pengguna boleh mengakses akaun melalui perbankan laman web CIMB Clicks seperti biasa, dengan menggunakan desktop atau pelayar.
CIMB menjelaskan notifikasi mengenai pengalihan keluar aplikasi CIMB Clicks dari gedung aplikasi akan dihantar melalui saluran rasmi CIMB, seperti laman web, e-mel dan media sosial. Untuk maklumat lain mengenai CIMB OCTO, layari laman web CIMB.