Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh Amalina Athman

CIMB Bank kini memaklumkan perbankan dalam talian CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO akan dilengkapi ciri keselamatan baharu bermula akhir Jun 2024.

Berkaitan

  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Pengalihan Keluar Aplikasi CIMB Clicks
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Menurut CIMB, ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi keselamatan perbankan dalam talian daripada penipuan, selaras dengan arahan kawal selia untuk memerangi penipuan kewangan.

Bermula hujung bulan ini, pengesahan SecureTAC akan diperlukan untuk semua pemindahan dana, termasuk transaksi ‘Favorite’ seperti JomPAY, Bayar Bil, Tambah Nilai, pindahan ke akaun sendiri dan banyak lagi.

Selain itu, had transaksi default untuk pemindahan Akaun Sendiri bagi pengguna baharu CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO akan ditetapkan pada RM5,000.

Sebarang peningkatan had transaksi pada aplikasi CIMB OCTO tertakluk kepada tempoh bertenang (cooling period) 12 jam, sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa.

Sementara ciri had transaksi di aplikasi CIMB Clicks tidak akan tersedia lagi.

Sumber: CIMB Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY