Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Android Mungkin Mahu Matikan Ciri AI Ini Pada Peranti

Pengguna Android Mungkin Mahu Matikan Ciri AI Ini Pada Peranti

Diterbitkan Februari 16, 2026 · Dikemas kini Februari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Di dalam kebanyakkan model telefon pintar Android baharu kini terdapat ciri terbina dengan AI.

Bagi memacu AI ini sceara dalaman, AI Core dibangunkan sebagai aplikasi sistem baharu dalam Android 14 yang berfungsi untuk mengurus model kecerdasan buatan seperti Gemini Nano dan Galaxy AI.

Ia berintegrasi dengan Private Compute Core untuk memastikan data pengguna diproses secara selamat di dalam peranti.

Fungsi ini menyokong ciri pintar dalam aplikasi seperti Gboard, Google Messages, Pixel Recorder dan TalkBack, serta meringkaskan rakaman suara.

Pengguna Android Mungkin Mahu Matikan Ciri AI Ini Pada Peranti

Waalaupun ia menawarkan privasi yang lebih baik kerana pemprosesan berlaku secara dalaman, namun, terdapat kritikan mengenai penggunaan bateri, notifikasi berterusan, kuasa pemprosesan yang tinggi melibatkan RAM dan storan sehingga mencecah beberapa gigabait dan kurang kawalan pengguna terhadap pemasangan sistem ini.

Jadi, jika anda ingin mematikan ciri ini ( tidak memerlukan fungsi AI dalam peranti), anda boleh lakukannya dengan melalui Settings > Apps > All Apps > AICore.

WhatsApp Image 2026-02-16 at 17.03.07
WhatsApp Image 2026-02-16 at 17.04.23
WhatsApp Image 2026-02-09 at 15.04.41

 

Namun suka diingatkan, walaupun AICore bukanlah komponen kritikal untuk operasi asas telefon dan selamat untuk dinyahaktifkan, tapi ia boleh menjejaskan ciri pintar tertentu pada peranti Android anda.

Selepas dinyahaktifkan, dari segi prestasi, tiada peningkatan ketara pada bateri atau kelajuan telefon, namun kesan positif yang jelas ialah berkurangnya gangguan pop-up dan cadangan AI seperti Magic Compose serta Pixel Screenshots.

Sementara perkhidmatan AI berasaskan awan seperti Gemini tetap berjalan seperti biasa.

Kesimpulannya, AI Core membawa manfaat privasi dan kecerdasan buatan, tetapi Google perlu mengoptimumkan penggunaan sumber agar lebih mesra pengguna.

Jika pengguna tidak bergantung pada ciri AI, menutupnya boleh menjimatkan ruang dan mengurangkan notifikasi yang tidak diingini.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh
  • Pengguna Android Disyor Matikan 3 Tetapan Ini Untuk Hayat Bateri Dan Privasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY