Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengguna Android Disyor Matikan 3 Tetapan Ini Untuk Hayat Bateri Dan Privasi

Posted on Februari 10, 2026Februari 10, 2026

Ramai pengguna Android tidak sedar bahawa terdapat beberapa tetapan Google sebenarnya lebih menguntungkan pembangun berbanding pengguna.

Jadi, untuk mendapatkan kelebihan kepada diri sendiri, pengguna Android disyorkan untuk mematikan 3 ciri utama ini dalam telefon pintar Android anda yang mana ia bukan sahaja untuk meningkatkan keselamatan dan privasi tetapi juga mampu memanjangkan hayat bateri telefon anda seharian.

Usage and diagnostics

Tahukah anda bahawa tetapan ini  merekod setiap tindakan anda dan data aktiviti dalam telefon pintar anda dihantar kepada Google.

Data itu meliputi tahap bateri, kekerapan anda menggunakan aplikasi, kualiti dan tempoh sambungan rangkaian anda (seperti mudah alih, Wi-Fi dan Bluetooth).

Walaupun dikatakan membantu pembangun, ia sebenarnya  menambah beban latar belakang yang tidak perlu.

Jadi, kepada pengguna Android, anda sangat disyor untuk mematikan ciri ini yang boleh dibuat melalui Settings > Google > All services > Usage and diagnostics.

Personalise using shared data

Pada asasnya, jika anda membenarkan tetapan Personalize using shared data, Google boleh menggunakan data peranti daripada aplikasi bersama-sama data lain untuk memperibadikan pengalaman anda dan menambah baik untuk memberi cadangan seperti dalam Google Assistant/Gemini aplikasi seperti Maps, Gmail dan Chrome .

Walau pun hakikatnya, ia lebih banyak digunakan untuk iklan tersasar.

Jadi, untuk mematikan ciri ini, anda buka Settings > Google > All services >  Privacy & security > Personalize using shared data.

Di sebelah setiap aplikasi atau sumber lain, pilih sama ada data dalam indeks mahu digunakan untuk diperibadikan atau tidak.

Namun begitu, suka  dinyatakan di sini bahawa walaupun anda tidak membenarkan aplikasi Google mengakses data dalam indeks ini, Google mungkin masih menyimpan beberapa data aktiviti aplikasi dalam akaun anda dan memperibadikan pengalaman anda berdasarkan data tersebut.

Advertising ID

Semasa anda menggunakan perkhidmatan Google, seperti membuat Carian dan melayari YouTube, anda mungkin melihat iklan.

Iklan-iklan tersebut menjejaki anda menerusi ciri Advertising ID di mana ia secara khusus menjejak anda bagi tujuan pengiklanan.

Jadi, anda sangat disyorkan untuk menetapkan semula dan memadamnya di mana anda boleh mengurangkan iklan yang menghantui anda sehingga separuh.

Sama seperti langkah di atas, anda boleh reset iklan pada peranti Android dengan ikuti langkah berikut:

  • Settings > Google > All services >  Privacy & security > Ads > Delete advertising ID

Selepas itu, anda mungkin masih akan tetap melihat iklan-iklan tetapi ia berkurangan daripada sebelum ini. Malah iklan-iklan yang menjengkelkan sebelum ini juga tidak lagi mengganggu anda.

Semoga bermanfaat.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress