Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Google Translate

Pengguna Android Mula Terima Kemaskini Google Translate Dengan Mod Transkripsi Masa Nyata

Diterbitkan Mac 18, 2020 · Dikemas kini Mac 18, 2020 oleh Amalina Athman

Januari lalu, Google merancang untuk menambah ciri transkripsi secara langsung dalam aplikasi Google Translate bagi Android. Terbaru, ciri tersebut telah dilepaskan bermula hari ini. Kemaskini tersebut membenarkan pengguna untuk merakam audio dalam satu bahasa dan terjemah ke dalam bahasa lain dalam masa nyata.

Pengguna Android Mula Terima Kemaskini Google Translate Dengan Mod Transkripsi Masa Nyata

Menurut The Verge, fungsi ini akan tersedia bagi semua pengguna Android dalam minggu ini. Buat masa sekarang, ia menyokong 8 bahasa termasuk Inggeris, Perancis, German, Portugis, Rusia, Sepanyol dan Thailand. Ini bermakna, ia dapat mendengar dan menterjemah arahan suara dari mana-mana bahasa antara dalam senarai tersebut.

Apabila mengemaskini versi terkini Google Translate, fungsi ini boleh digunakan dengan menekan pada ikon Transcribe. Ia akan berfungsi secara langsung untuk ucapan, syarahan termasuk dari audio pra-rakaman.

Walau bagaimanapun, sambungan internet diperlukan untuk menggunakan fungsi ini kerana perisian Google perlu berkomunikasi dengan Tensor Processing Units (TPUs), iaitu  fungsi yang terbina dalam Live Transcribe pada aplikasi Recorder bagi peranti Pixel.

Dalam pada itu, Google merancang untuk membawakan fungsi ini pada peranti iOS di masa akan datang.

Sumber: Engadget via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY