Ciri Baru Google Translate Mampu Terjemah Audio Kepada Teks Dalam Masa Nyata

Google merancang untuk menambah ciri transkripsi secara langsung dalam aplikasi Google Translate bagi Android. Fungsi ini akan membenarkan pengguna untuk merakam audio dalam satu bahasa dan terjemah ke dalam bahasa lain dalam masa nyata.

Ia masih di peringkat prototaip, namun Google menunjukkan demonstrasi teknologi tersebut semasa siri demo kecerdasan buatan (AI) di pejabat Google pada Selasa lepas.

Google Translate Kapsyen: Gambar: 9to5Google


Terjemahan dalam masa nyata ini mungkin memerlukan sambungan internet, yang bermaksud ia berbeza daripada fungsi terjemahan berasaskan AI dan peranti yang terdapat pada Google Translate hari ini.

Google menyatakan proses terjemahan ini adalah lebih rumit berbanding input melalui teks bertulis dan potongan ayat.

Buat masa sekarang it tidak menyokong terjemahan daripada fail audio. Bermaksud, hanya rakaman secara langsung dari mikrofon telefon pintar sahaja yang dapat diterjemah kedalam bentuk teks. Bagi penawaran kepada umum, Google masih belum menetapkan sebarang tarikh rasmi fungsi terjemahan audio ini.

Sumber: The Verge