Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini_Audio Overview

Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses ‘Audio Overview’ Di Aplikasi Gemini

Diterbitkan Mac 21, 2025 · Dikemas kini Mac 21, 2025 oleh Amalina Athman

Seperti diumumkan awal minggu ini, aplikasi Gemini kini menyokong penjanaan podcast Audio Overview, dengan pengguna Android dan iOS mula mendapat akses hari ini.

Ciri Audio Overview juga telah dilancarkan secara meluas di web untuk pengguna Gemini versi percuma dan Gemini Advanced dalam bahasa Inggeris, dengan sokongan lebih banyak bahasa bakal menyusul kemudian.

Di peranti mudah alih, memuat naik dokumen atau slaid akan memaparkan cadangan “Generate Audio Overview” di atas bar arahan. Selain itu, pengguna juga boleh membuka menu tambahan dalam laporan Deep Research untuk menjana podcast.

Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses ‘Audio Overview’ Di Aplikasi Gemini

Selepas klik “Generate Audio Overview”, ia akan mengambil masa beberapa minit untuk menjana perbualan antara dua hos AI. Google akan menghantar notifikasi apabila audio berkenaan siap dijana. Di bawah merupakan contoh audio yang dijana.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/03/21070757/video-output-B1E99013-FE5A-4D81-8EF9-3474019633D9-1.mp4

Berbeza dengan versi web, aplikasi Gemini tidak mempunyai pemain audio terbina. Sebaliknya, apabila klik “Gemini Audio Overview”, fail audio akan dibuka terus dalam tab pelayar. Selain memainkan audio, pengguna juga boleh memuat turunnya dengan mudah.

Pengguna Android, iOS Kini Boleh Akses ‘Audio Overview’ Di Aplikasi Gemini
Janaan Audio Overview versi aplikasi
gemini audio overview web_
Janaan Audio Overview versi web

Namun, perlu diingatkan bahawa Audio Overview hanya menjana perbualan berdasarkan sumber (fail) yang dimuat naik dan bukan pengetahuan dunia sebenar. Ini berbeza dengan podcast yang dijana daripada Deep Research.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Pengguna Kini Boleh Akses Gemini Tanpa Perlu Log Masuk
  • Model AI Gemini Disalah Guna Untuk Hapus Tera Air Pada Imej, Ini Respon Google
  • Google Perkenal Dua Ciri Baharu Gemini - Canvas, Audio Overview

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY