Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Canvas Audio Overview

Google Perkenal Dua Ciri Baharu Gemini – Canvas, Audio Overview

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini melancarkan dua ciri baharu untuk pembantu kecerdasan buatan (AI) Gemini, iaitu Canvas dan Audio Overview.

Canvas memperkenalkan ruang kerja khas dalam Gemini, di mana pengguna boleh mencipta, menyunting dokumen serta kod secara langsung. Pengguna boleh menghasilkan draf awal dan menggunakan maklum balas daripada Gemini untuk menyunting bahagian tertentu, menyesuaikan nada atau format semula kandungan mengikut keperluan.

With Canvas in Gemini, you can:

⌨️ Write, iterate & preview React/HTML code
📝 Draft & edit comprehensive documents
🎨 Build interactive prototypes, games & visualization
…and more.

Simply select ‘Canvas’ in your prompt bar and you can write and edit documents or code, with… pic.twitter.com/gtRNfWXiPh

— Google Gemini App (@GeminiApp) March 18, 2025

Sebagai contoh, hanya highlight perenggan dan minta Gemini menjadikannya lebih ringkas, profesional atau santai.

Bagi projek pengekodan, Canvas turut menyediakan pratonton langsung bersama kod, membolehkan pengguna melihat perubahan yang dibuat secara serta-merta.

Ciri kedua, Audio Overview, membolehkan pengguna menukar dokumen, slaid dan laporan Deep Research kepada perbincangan audio gaya podcast antara dua hos AI untuk meringkaskan maklumat dengan mudah. Sebelum ini, ciri yang sama sudah diperkenalkan dalam NotebookLM.

Welcome to the Gemini app, Audio Overviews 🎧

We've seen incredible excitement around Audio Overviews in @NotebookLM, which helps people make sense of complex information. Today, we're making Audio Overviews available in the Gemini app, too.

Transform your documents, slides,… pic.twitter.com/xsWslnn05V

— Google Gemini App (@GeminiApp) March 18, 2025

 

Untuk mencipta Audio Overview, pengguna hanya perlu memuat naik dokumen atau slaid. kemudian, klik cadangan yang muncul di atas bar arahan. Audio Overview boleh diakses melalui web dan aplikasi mudah alih Gemini, serta boleh dikongsi atau dimuat turun.

Kedua-dua ciri ini sudah dilancarkan secara global untuk pelanggan Gemini dan Gemini Advanced. Namun, buat masa ini, Audio Overview hanya tersedia dalam bahasa Inggeris, dengan lebih banyak bahasa akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Gemini Kini Hadir Dengan Widget Pada Skrin Kunci iOS
  • Pengguna Kini Boleh Akses Gemini Tanpa Perlu Log Masuk
  • Model AI Gemini Disalah Guna Untuk Hapus Tera Air Pada Imej, Ini Respon Google

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY