Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gemini flash thinking experimental

Model AI Gemini Disalah Guna Untuk Hapus Tera Air Pada Imej, Ini Respon Google

Diterbitkan Mac 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Penggunaan AI dilihat semakin meluas tahun ini, memudahkan pelbagai tugas harian, termasuk dalam bidang kreatif. Namun, teknologi ini juga membuka ruang untuk penyalahgunaan.

Terbaru, pengguna media sosial menemui cara kontroversi menggunakan model AI terbaru Google, Gemini 2.0 Flash, iaitu menghapuskan tera air (watermark) daripada imej, termasuk yang diterbitkan oleh Getty Images dan penyedia stok media lain.

photo_2025-03-19 10.48.29

Gemini 2.0 Flash, yang baru diperkenalkan dalam versi eksperimen, membolehkan pengguna mengedit dan menjana imej secara asli.

Namun, beberapa pengguna di X dan Reddit mendapati ia bukan sahaja menghilangkan tera air, tetapi juga mengisi bahagian yang terpadam dengan sangat baik – sesuatu yang biasanya sukar dilakukan.

photo_2025-03-19 10.48.26
photo_2025-03-19 10.48.27

Berdasarkan perkongsian Pendakwah Teknologi di Facebook, walaupun gambar yang sudah disunting menggunakan AI kadangkala ada cacat cela tetapi hampir kebanyakan masa ia kelihatan sangat serupa. Lebih-lebih daripada pandangan mata kasar pengguna biasa.

photo_2025-03-19 10.58.55
photo_2025-03-19 10.58.56

Google pantas memberi respon kepada techcrunch, menyatakan bahawa penggunaan AI mereka untuk melanggar hak cipta adalah melanggar terma perkhidmatan. Mereka juga menegaskan bahawa Gemini 2.0 Flash masih dalam fasa eksperimen dan sedang dipantau secara teliti.

Menggunakan alat AI generatif Google untuk melanggar hak cipta adalah satu kesalahan dan melanggar syarat penggunaan kami. Seperti semua produk percubaan, kami akan sentiasa pantau situasi ini dan dengar maklum balas daripada pembangun.

Walaupun model AI lain seperti Claude 3.7 Sonnet dan GPT-4o secara terang-terangan menolak permintaan untuk menghapus tera air atas sebab etika dan undang-undang, Gemini 2.0 Flash nampaknya masih mempunyai kelemahan dalam aspek kawalan kandungan.

Dalam undang-undang hak cipta AS, menghapuskan tera air tanpa kebenaran pemilik asal adalah haram dalam kebanyakan situasi.

Kes ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemegang hak cipta yang mungkin melihat AI sebagai ancaman kepada kandungan mereka, bukan sekadar alat bantu kreatif.

Nasihat saya, janganlah salah guna teknologi yang sepatutnya memudahkan serta membantu tugas kita. Apa yang dilakukan itu adalah perbuatan mencuri hasil kerja orang lain. Ia miriplah dengan kandungan cetak rompak yang berada di dalam talian.

Berkaitan

  • Gemini 2.0 Flash Thinking Kini Percuma Untuk Semua, Ini Yang Baharu
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Apple Intelligence Kelak Bakal Diintegrasi Dengan Google Gemini
  • Pengguna Kini Boleh Akses Gemini Tanpa Perlu Log Masuk

Sumber: Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY