Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ICA Facebook kod QR

Singapura Laksana Pelepasan Imigresen Guna Kod QR Untuk Penumpang Bas Mulai 16 Disember

Diterbitkan Disember 12, 2024 oleh Amalina Athman

Pelepasan Imigresen menggunakan kod QR akan dilaksanakan secara berperingkat di semua lorong automatik dan Lorong Bantuan Khas (SAL) di balai bas di pusat pemeriksaan darat Singapura, bermula dengan Pusat Pemeriksaan Tuas pada 16 Disember 2024.

Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) berkata pihaknya menyasarkan pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Woodlands dan Tuas) menjelang pertengahan Januari 2025.

Semua penumpang bas, termasuk pengembara yang menggunakan kerusi roda dan kumpulan keluarga sehingga empat orang, boleh menggunakan pelepasan kod QR di balai bas berkenaan.

Mereka yang menggunakan kod QR kumpulan harus memastikan butiran pasport disimpan dalam kod QR kumpulan selaras dengan individu yang ingin melalui pelepasan imigresen. Pelancong juga digalakkan untuk menunjukkan kod QR menggunakan aplikasi mudah alih MyICA dan bukannya menggunakan salinan bercetak atau tangkapan skrin.

Bagaimanapun, pelawat asing kali pertama dan mereka yang memasuki semula Singapura menggunakan pasport berbeza daripada perjalanan sebelumnya, perlu mengemukakan pasport untuk pelepasan imigresen.

QR code for bus travellers infographic

 

Dengan pelaksanaan penuh pelepasan kod QR di dewan bas, ICA berkata ia akan melengkapkan inisiatif pelepasan tanpa pasport untuk semua mod pengangkutan di pusat pemeriksaan darat.

Namun, pengembara diingatkan supaya membawa pasport kerana ia mungkin diperlukan untuk pelepasan imigresen di negara destinasi. ICA juga mungkin memerlukan beberapa pengembara untuk menunjukkan pasport bagi tujuan pengesahan.

Berkaitan

  • Singapura Perkenal Pelepasan Pemeriksaan Imigresen Tanpa Pasport Mulai 2024
  • Mudahkan Proses Pemeriksaan Imigresen, MyTRIP Kini Tersedia Di Aplikasi MySejahtera
  • Kenderaan Asing Dari Singapura Masuk Malaysia Wajib Pasang Tag VEP Bermula Oktober
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY