Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microSD slot

Pengeluar Mungkin Kembalikan Slot microSD Ke Telefon Pintar

Diterbitkan Disember 9, 2025 oleh ariff bukhari

Hampir semua telefon pintar moden, khususnya peranti premium tidak lagi disertakan dengan slot microSD untuk memberikan pilihan kepada pengguna menambah ruang storan.

Tetapi kini dilaporkan, terkesan daripada kos memori yang semakin meningkat sehingga  mendorong harga peranti naik, pengeluar telefon pintar dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membawa kembali slot microSD ke dalam produk mereka.

Langkah ini dilihat sebagai strategi untuk memberi lebih fleksibiliti kepada pembeli, kerana mereka boleh menambah storan sendiri tanpa perlu membayar harga tinggi untuk versi memori terbina yang lebih besar.

Selain isu storan, pengeluar juga dilaporkan sedang meneliti inovasi bateri baharu.

Teknologi bateri silikon-karbon dengan bentuk dan bahan berbeza sedang diuji bagi menembusi kapasiti melebihi 7,000mAh.

Matlamatnya adalah untuk mengisi ruang dalaman telefon dengan lebih efisien, sekali gus meningkatkan jangka hayat bateri tanpa menjejaskan reka bentuk.

Jika kedua-dua langkah ini berjaya, pengguna bukan sahaja mendapat pilihan storan lebih fleksibel, tetapi juga telefon dengan bateri lebih tahan lama.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Harga Telefon Pintar Dijangka Naik Tahun Depan - Xiaomi
  • Apple Dan Google Keluarkan Amaran Ancaman Siber Di 150 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY