Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengawal Keselamatan Expo Osaka Tular, Dilengkapi ‘Scouter’ Ala Dragon Ball

Pengawal Keselamatan Expo Osaka Tular, Dilengkapi ‘Scouter’ Ala Dragon Ball

Diterbitkan Mei 30, 2025 · Dikemas kini Mei 30, 2025 oleh ariff bukhari

Pengawal keselamatan di Pavilion Jepun, Expo Osaka-Kansai 2025 kini tular di media sosial kerana memakai alat canggih seakan “scouter” dari anime Dragon Ball.

Alat itu dalam siri anime tersebut digunakan bagi mengesan kedudukan dan mendedahkan tahap kuasa yang dikeluarkan lawan. Alat itu pertama kali muncul ketika Raditz datang ke Bumi.

Tetapi, peranti Head-Mounted Display (HMD) berteknologi tinggi yang menutup sebelah mata itu di expo tersebut pula memaparkan maklumat visual dan teks yang dihantar dari pusat pencegahan bencana pavilion, termasuk wajah individu yang perlu diawasi, maklumat ketibaan tetamu, serta identiti yang mencurigakan.

Pengawal Keselamatan Expo Osaka Tular, Dilengkapi ‘Scouter’ Ala Dragon Ball

Syarikat keselamatan Teikei dari Tokyo yang bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan expo itu kali ini membangunkan sendiri peranti tersebut dan ia digunakan buat pertama kali sempena Expo ini.

Menurut jurucakap syarikat itu, menerusi peranti itu, mereka ingin berkongsi maklumat dengan pusat kawalan untuk mencegah sebarang insiden dengan lebih awal.

Pengawal Keselamatan Expo Osaka Tular, Dilengkapi ‘Scouter’ Ala Dragon Ball
Kamera yang dipasang pada dada pengawal juga menghantar rakaman secara langsung ke pusat kawalan.

Ramai pengguna media sosial menyamakan alat itu dengan scouter dalam Dragon Ball, dan menyifatkannya sebagai “cool” dan menarik perhatian.

Expo Osaka-Kansai kini sedang berlangsung di Jepun yang bermula dari 13 April hingga 13 Oktober 2025.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih
  • JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 - 8 Tahun

Sumber: Teikei Group

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY