Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 – 8 Tahun

JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 – 8 Tahun

Diterbitkan Mei 30, 2025 · Dikemas kini Mei 30, 2025 oleh ariff bukhari

JBL baru sahaja melancarkan tiga model fon kepala khas untuk kanak-kanak dengan teknologi JBL Safe Sound generasi baharu.

Direka khas untuk telinga kecil, fon kepala ini hadir dengan ciri had kekuatan bunyi dan masa mendengar, laporan aktiviti, serta pengingat kiraan masa yang disesuaikan melalui aplikasi kawalan ibu bapa.

JBL Lancar 2 Fon Kepala Baharu Khas Untuk Kanak-Kanak Berumur 3 – 8 Tahun

JBL Junior 320BT memberikan kawalan maksimum melalui aplikasi JBL Headphones, yang membolehkan ibu bapa menetapkan had bunyi, tempoh mendengar serta menerima laporan masa nyata mengenai penggunaan dan keselamatan bunyi.

Selain itu, fon kepala ini mempunyai reka bentuk tahan lasak, mudah dilipat, dan tanpa wayar.

Dengan sokongan bateri yang tahan sehingga 50 jam dan pengecasan pantas, ia direka untuk menemani perjalanan jauh seperti mengembara dengan kapal terbang.

03.JBL_JR 320BT_Blue

Selain JBL Junior 320BT tanpa wayar, terdapat juga versi berwayar, JBL Junior 320 (tidak serasi dengan Aplikasi JBL Headphones) yang dilengkapi  ciri terbina had maksimum kekuatan bunyi setakat 85dB iaitu tahap selamat yang optimum untuk telinga kanak-kanak.

JBL Junior 320BT dan JBL Junior 320 sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 3 hinggga 8 tahun kini masing-masing tersedia pada harga RM249.00 dan RM 129.00.

Beli barisan produk JBL dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmqdvt
  • Lazada – https://invl.me/clmqdvv

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih
  • Solarvest Dan Pelajar UTP Bawa Tenaga Solar Ke Kampung Orang Asli Di Perak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY