Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih

Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih

Diterbitkan Mei 30, 2025 · Dikemas kini Mei 30, 2025 oleh ariff bukhari

Masjidil Haram di Makkah kini dilengkapi sistem audio tercanggih dengan 8,000 pembesar suara yang meliputi kawasan seluas 650,000 meter persegi termasuk di dewan solat, laman dan jalan sekitarnya.

Sistem ini memastikan azan, khutbah dan solat disampaikan dengan jelas kepada jutaan jemaah.

Seramai 120 jurutera dan juruteknik bertugas 24 jam untuk mengurus sistem ini, menggunakan 100 mikrofon yang disambungkan ke 21 sistem bebas yang membolehkan kawalan khusus bagi setiap bahagian masjid.

Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih

Mereka turut melakukan pemeriksaan harian bagi memastikan bunyi sentiasa jelas dan merdu, termasuk menyediakan mikrofon gantian automatik jika berlaku gangguan.

Dengan bantuan 6 bilik kawalan utama, sistem ini juga disambung secara langsung ke rangkaian siaran radio dan TV, menyampaikan mesej keamanan dari Masjidil Haram ke seluruh dunia.

Masjidil Haram Kini Dilengkapi 8,000 Pembesar Suara Dan Sistem Audio Tercanggih
sistem audio masjidil haram

Teknologi ini bukan sekadar hebat, tetapi juga bertujuan menyampaikan pengalaman rohani terbaik kepada para jemaah sepanjang musim haji 1446H.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Sistem ‘Power Bank Gergasi’ Gotion 20MWj Ini Boleh Tahan Sehingga 25 Tahun
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI

Sumber: Saudi Press Agency

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY