Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera 2025_

Rekaan Lebih Segar, MySejahtera Kini Berwajah Baru

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 9, 2025 oleh Amalina Athman

Aplikasi MySejahtera kini tampil dengan kemas kini versi 4.0.0 yang memperkenalkan antara muka (UI) baharu dengan rekaan lebih segar, tersusun dan mudah difahami.

Seperti versi terdahulu, halaman utama masih mengekalkan butang akses pantas yang memudahkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan dalam aplikasi. Namun kali ini, paparan keseluruhan kelihatan lebih moden dan mesra pengguna.

Banner utama yang memaparkan maklumat ciri baharu dan perkhidmatan terkini diletakkan di bahagian atas aplikasi.

Rekaan Lebih Segar, MySejahtera Kini Berwajah Baru

Rekod kesihatan pula dipaparkan dengan lebih teratur menerusi tab  “Health Records”. Pengguna boleh menyemak data klinikal seperti lawatan ke klinik dan hospital, janji temu pergigian, saringan kesihatan, sejarah perubatan, rekod vaksinasi serta lain-lain maklumat berkaitan.

Rekaan Lebih Segar, MySejahtera Kini Berwajah Baru

Untuk rekod pendermaan darah, ia boleh diakses dengan mudah melalui ikon khas di bahagian atas kanan skrin pada halaman utama.

Selain penambahbaikan dari segi rekaan, MySejahtera versi baharu ini turut menawarkan peningkatan prestasi, pembetulan pepijat serta tetapan sistem yang lebih stabil bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Bagi yang belum mengemas kini, anda boleh muat turun versi terkini MySejahtera melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Berkaitan

  • Janji Temu Suntikan Imunisasi Influenza Menerusi Aplikasi MySejahtera Bermula 14 Februari Ini
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • MyGOV Malaysia Lancar Bulan Depan - Urus Pasport, Lesen, STR Dalam Satu Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY