Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
40 Ribu Pengguna Di Malaysia Kini Gunakan Aplikasi Keselamatan Kanak-Kanak Ini Setiap Hari

40 Ribu Pengguna Di Malaysia Kini Gunakan Aplikasi Keselamatan Kanak-Kanak Ini Setiap Hari

Diterbitkan Julai 8, 2025 ยท Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh ariff bukhari

Aplikasi perkongsian lokasi masa sebenar iSharing memperkukuh kehadirannya di Asia Tenggara dengan memberi tumpuan kepada Malaysia, selaras dengan peningkatan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak dan warga emas.

Menerusi satu kenyataan rasminya, iSharing di Malaysia kini mencatatkan lebih 40,000 pengguna harian yang digunakan bagi memantau perjalanan anak-anak, memastikan keselamatan warga emas, dan kekal berhubung.

Ditubuhkan pada 2010, iSharing telah berjaya di Korea Selatan, Jepun, dan Amerika Syarikat dan kini berkembang pesat di Malaysia berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes kanak-kanak hilang dan warga emas dengan demensia yang memerlukan pemantauan.

iSharing memaklumkan, mereka merekodkan pertumbuhan muat turun dan pengguna lebih 180% pada 2025.

iSharing menyediakan penjejakan GPS masa sebenar, sejarah lokasi selama 90 hari, amaran berdasarkan tempat, pemberitahuan keselamatan memandu, pemantauan penjagaan warga emas, SOS sekali tekan dengan audio dan ciri walkie-talkie.

iSharing 3
iSharing 2
iSharing 1
40 Ribu Pengguna Di Malaysia Kini Gunakan Aplikasi Keselamatan Kanak-Kanak Ini Setiap Hari

Aplikasi iSharing boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti Android dan iOS. Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi iSharing ini dengan layari iSharingsoft.com.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • RedMagic 10s Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Leading Version Dijual Pada Harga Permulaan RM3,499
  • Infinix XPAD 20 Kini Rasmi, Harga Bermula RM599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY