Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KLIA Kini Memiliki Tandas Yang Dilengkapi Pembasmi Kuman Ultraviolet (UV)

Kelajuan Wi-Fi Di KLIA Masih Terlalu Jauh Perlahan Berbanding Lapangan Terbang Lain

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 9, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam dunia yang serba pantas dan bergantung pada sambungan internet, kualiti internet di lapangan terbang amat penting kepada para pengembara dalam memastikan pengalaman perjalanan yang lancar.

Sama ada untuk strim video, membuat kerja sebelum berlepas atau membuat panggilan video, sambungan yang stabil dan laju amat diperlukan.

Namun, sejauh mana lapangan terbang utama dunia memenuhi keperluan ini?

Berdasarkan analisis data oleh Speedtest® Intelligence melibatkan 48 lapangan terbang utama di seluruh dunia, hanya 3 lapangan terbang sahaja yang berjaya mencapai penanda aras kelajuan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) iaitu 100 Mbps untuk muat turun dan 20 Mbps untuk muat naik bagi sambungan Wi-Fi dan mudah alih.

Tiga lapangan terbang tersebut ialah Phoenix Sky Harbor di Amerika Syarikat dengan kelajuan Wi-Fi 170.65 Mbps, Hangzhou Xiaoshan di China pula sepantas 145.31 Mbps, dan kelajuan Wi-Fi di lapangan terbang Toronto Pearson di Kanada selaju 121.56 Mbps.

Kelajuan Wi-Fi Di KLIA Masih Terlalu Jauh Perlahan Berbanding Lapangan Terbang Lain

Jika dibandingkan dengan kelajuan Wi-Fi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula, kita hanya mencatatkan kelajuan Wi-Fi selaju 14.48 Mbps sahaja.

Walau bagaimanapun, prestasi rangkaian mudah alih 5G di KLIA pula agak membanggakan dengan 243.54 Mbps, sekali gus melepasi standard FCC.

Screenshot 2025-07-09 100502

Namun begitu, ia masih jauh lebih perlahan berbanding apa yang dicapai di Lapangan Terbang Istanbul yang merekodkan 942.12 Mbps untuk kelajuan rangkaian mudah alih 5G.

Laporan Speedtest® Intelligence menyimpulkan, prestasi internet menunjukkan perbezaan ketara mengikut rantau dan kualiti sambungan internet di lapangan terbang seluruh dunia masih tidak seimbang.

Ada lapangan terbang yang hampir mencecah kelajuan 1 Gbps, seperti Istanbul, tetapi ada juga seperti Indira Gandhi International di Delhi yang hanya mencatatkan sekitar 20 Mbps.

Prestasi juga masih tidak konsisten walaupun dalam rantau yang sama kerana faktor seperti pelaburan infrastruktur dan penggunaan spektrum yang berbeza, membuktikan bahawa pelaksanaan 5G belum lagi menyeluruh atau konsisten.

Walaupun ada yang telah mencapai tahap cemerlang, masih banyak lapangan terbang yang perlu meningkatkan pelaburan dan infrastruktur mereka agar seiring dengan keperluan digital semasa, demi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada para pengguna di lapangan terbang.

Berkaitan

  • KLIA Atasi Changi Dalam Senarai 5 Teratas Lapangan Terbang Paling "Instagrammable" Di Dunia - Tinjauan
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Jom Naik EV Dengan Grab Ke KLIA, Lebih Senyap Dan Bersih

Sumber: Global Airport Internet Performance Report | Q1 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY