Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram banned

Pengasas Telegram Disiasat Di Perancis Berhubung Kandungan Haram Dalam Aplikasi

Diterbitkan Julai 30, 2025 oleh ariff bukhari

Pengasas Telegram, Pavel Durov telah hadir ke mahkamah di Paris bagi sesi soal siasat ketiga oleh majistret siasatan Perancis, berkaitan tuduhan bersekongkol dalam aktiviti jenayah terancang melalui platformnya.

Durov, yang ditahan secara mengejut pada 2024 dan kini disiasat secara rasmi, dituduh membenarkan transaksi haram, kandungan penderaan seksual kanak-kanak, dan pelbagai aktiviti jenayah lain di Telegram.

Bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan itu dan menyatakan sesi terbaru ini membolehkannya memberi penjelasan lanjut bagi menangkis dakwaan tersebut.

Pihak berkuasa Perancis mengesahkan kerjasama dengan Telegram telah bertambah baik sejak penahanan Durov.

Walaupun pernah dilarang keluar dari Perancis, sekatan perjalanan beliau kini dilonggarkan dengan membenarkannya berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga dua minggu.

Pasukan guaman Durov telah memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan, mencabar kesahihan siasatan di mahkamah Perancis dan meminta pandangan Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (ECJ).

Mereka juga mempertikai kes ini atas alasan ia bercanggah dengan undang-undang domestik dan Eropah.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • PC Windows Anda Kini Boleh Dikunci Dari Jauh Dengan Telefon Pintar Android
  • WhatsApp Bakal Benarkan Tetapan Peringatan Untuk Panggilan Tidak Dijawab

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY