Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
copilot windows 11

PC Windows Anda Kini Boleh Dikunci Dari Jauh Dengan Telefon Pintar Android

Diterbitkan Julai 29, 2025 ยท Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini mengemas kini aplikasi Link to Windows di Android dengan ciri baharu yang membolehkan pengguna mengunci PC Windows 11 dari jauh menggunakan telefon.

Ciri ini berguna jika anda yang mementingkan keselamatan data tapi terlupa mengunci PC selepas meninggalkannya.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah buka aplikasi dan tekan butang “Lock PC”, dan komputer akan dikunci secara automatik.

Ciri ini tidak memerlukan sambungan Bluetooth di mana telefon anda perlu berada berdekatan dengan PC .

Fungsi ini juga akan memutuskan sambungan telefon daripada PC sehinggalah anda log masuk semula.

Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu pastikan anda mengemas kini versi Link to Windows kepada 1.25071.165 atau terbaru.

Tapi, tidak semua pengguna sudah menerima ciri ini kerana ia ditawar secara berperingkat.

PC Windows Anda Kini Boleh Dikunci Dari Jauh Dengan Telefon Pintar Android

Versi baru aplikasi ini turut direka semula untuk menyatukan fungsi utama seperti melihat fail atau foto terkini yang dikongsi, sejarah salinan clipboard, berkongsi fail dari telefon ke PC, dan paparan skrin telefon ke PC yang mana semuanya kini boleh dilakukan dari telefon atau PC.

Selain itu, Microsoft turut memperkenalkan Phone Link terus ke menu Start Windows 11, membolehkan pengguna melihat notifikasi, mesej, panggilan, dan foto dari telefon tanpa membuka aplikasi.

WhatsApp Image 2025-07-29 at 17.31.42
Phone Link
Screenshot 2025-07-29 174326

Fungsi-fungsi ini akan dapat meningkatkan produktiviti pengguna Windows, dan ciri kunci PC dari telefon adalah tambahan yang amat berguna.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km
  • vivo X Fold5 Rasmi, Telefon Lipat Dengan Kamera ZEISS Berharga RM6,999

Sumber: Windows Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
©2026 WISER.MY