Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam library

Penganalisis Dedah Ramai Pemain Steam Beli ‘Game’ Tapi Tak Sentuh Langsung

Diterbitkan Ogos 11, 2025 oleh Amsyar Latif

Fenomena “pustaka permainan tidak tersentuh” di Steam bukan sekadar beli suka-suka tetapi lebih kepada tabiat seperti seorang kolektor atau pengumpul.

Menurut penganalisis industri Chris Zukowski, kebanyakan pembeli di Steam sebenarnya tidak berniat untuk memainkan semua permainan yang mereka beli.

Mereka serupa dengan peminat LEGO, Warhammer atau peminat kraf rajutan yang mempunyai timbunan set belum dibuka atau bahan yang belum digunakan, sekadar kepuasan memiliki tanpa menggunakannya.

Penganalisis Dedah Ramai Pemain Steam Beli ‘Game’ Tapi Tak Sentuh Langsung

Data lama yang pernah dikongsikan Simon Carless menunjukkan lebih separuh permainan dalam pustaka pemain biasa di Steam tidak pernah dimainkan, dan peratusan ini mungkin lebih tinggi bagi mereka yang suka memborong semasa jualan besar.

Penganalisis Dedah Ramai Pemain Steam Beli ‘Game’ Tapi Tak Sentuh Langsung

Zukowski membandingkan situasi ini dengan rungutan Netflix tentang penonton yang mempunyai terlalu banyak pilihan hiburan tetapi masa yang terhad.

Bezanya, Valve “menyelesaikan” isu ini dengan menawarkan ilusi masa tanpa had pada masa depan, harapan bahawa suatu hari nanti semua permainan itu akan dimainkan walaupun hakikatnya jarang berlaku.

Bagi pembangun permainan, tarikan Steam bukan sahaja kerana jumlah pemainnya tetapi juga kerana komuniti “super gamer” yang sanggup membelanjakan wang untuk koleksi digital yang mungkin hanya akan kekal tersimpan di perpustakaan mereka.

Data terdahulu juga menunjukkan yang kebanyakan pemain PC memainkan game lama sahaja pada 2024.

Berkaitan

  • Pemain Di Steam Banyak Habiskan Masa Main 'Game' Lama Pada 2024
  • Masih Ramai Pengguna Steam Menjalankan Windows 10 Walaupun Hayat Sokongan Hampir Tamat
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY