Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengalaman Guna iPad Lepas Ini Mungkin Mirip MacBook

Pengalaman Guna iPad Lepas Ini Mungkin Mirip MacBook

Diterbitkan April 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Kita tahu salah satu slogan atau taktik pemasaran Apple pada produk iPad adalah “Your next computer is not a computer,” di mana mereka seolah-olah cuba “meracun” pengguna bahawa iPad mampu menggantikan komputer.

Namun, saya sendiri sebagai pengguna iPad Pro tidak begitu setuju dengan kenyataan tersebut. Ini kerana iPadOS sendiri masih terasa kurang memuaskan untuk digunakan secara profesional atau produktif.

Disebabkan itu, agak susah untuk saya “membuang” MacBook yang sedang digunakan kerana pengalaman menggunakan iPadOS sangat berbeza dengan macOS. Walau bagaimanapun, segalanya mungkin akan berubah selepas ini.

Baru-baru ini, Mark Gurman dari Bloomberg telah melaporkan bahawa iPadOS 19 akan lebih menyerupai macOS. Menurut beliau, terdapat tiga aspek utama yang akan mengalami perubahan ketara, iaitu peningkatan produktiviti, multitugas yang lebih baik, dan pengurusan tetingkap aplikasi yang lebih cekap.

Gurman menyatakan bahawa Apple akan memberi tumpuan khusus kepada tiga aspek ini untuk menjadikan iPadOS 19 berfungsi lebih menyerupai pengalaman menggunakan Mac.

Menurut Gurman lagi, perubahan ini amat dinantikan oleh pengguna tegar iPad yang sudah lama meminta agar Apple memanfaatkan sepenuhnya keupayaan perkakasan iPad Pro.

Pun begitu, perincian lanjut tidak dikongsikan. Oleh itu, kita perlu menunggu acara WWDC 2025 yang akan berlangsung Jun depan.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Apple Sahkan WWDC 2025 Akan Berlangsung 9 Hingga 13 Jun
  • Pembekal Utama Apple Pertimbang Pindahkan Pengeluaran Ke AS
  • Laporan Dedah 'Drama' Yang Berlaku Dalam Usaha Apple Bangunkan Siri Versi Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY