Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Luxshare ICT_

Pembekal Utama Apple Pertimbang Pindahkan Pengeluaran Ke AS

Diterbitkan April 10, 2025 ยท Dikemas kini April 10, 2025 oleh Amalina Athman

Pembekal Apple, Luxshare kini sedang menilai kemungkinan untuk memindahkan sebahagian pengeluaran ke Amerika Syarikat bagi mengatasi kesan tarif baharu ke atas barangan yang dieksport dari China, lapor Reuters.

Menurut laporan itu, pengasas bersama Luxshare, Wang Laichun, mengeluarkan kenyataan tersebut semasa panggilan dengan penganalisis pada Rabu, namun tidak menyebut nama Apple atau mana-mana pelanggan.

Wang menjelaskan bahawa tarif tersebut hanya memberi kesan kecil terhadap keuntungan dan hasil Luxshare kerana syarikat itu hanya mengeksport sejumlah kecil barangan siap ke Amerika Syarikat.

Apabila ditanya sama ada tarif akan ditanggung bersama oleh perniagaan dalam rantaian bekalan dan pengguna akhir, Wang berkata,

Setakat ini, semua pengeluar perkakasan tidak menanggung kos tarif atau penyimpanan logistik… Tidak ada perkara seperti ini yang pernah berlaku dan saya rasa ia akan tetap sama pada masa depan.

Beliau juga mengakui bimbang jika pelanggan akan mencari harga yang lebih rendah disebabkan oleh tarif tersebut, sambil menambah “pelanggan sentiasa bekerjasama dengan pembekal mengenai cara untuk meningkatkan daya saing”.

Buat pengetahuan, Luxshare merupakan salah satu pembekal utama Apple yang memainkan peranan besar dalam pemasangan beberapa model iPhone serta pengeluaran AirPods dan Apple Watch.

Selain operasi di China, Luxshare mempunyai kemudahan pengeluaran dan penyelidikan di beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam, Mexico dan AS.

Sebagai tambahan, Luxshare turut menghasilkan peranti elektronik seperti penghala, modul pengecasan tanpa wayar dan peralatan persidangan video.

Kehadiran Luxshare di AS masih terhad, dan syarikat itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai lokasi atau bila potensi kemudahan pengeluaran di Amerika Syarikat mungkin berlaku.

Sekiranya terdapat jaminan komersial dan kami dapat menjalankan penilaian yang baik, kami tidak menolak beberapa produk disetempatkan untuk memenuhi keperluan pasaran AS. Tetapi untuk langkah ini, kami juga akan mempertimbangkan beberapa pembangunan jangka panjang dan pertimbangan keselamatan.

Kenyataan syarikat itu dianggap tidak memberikan gambaran jelas tentang rancangan sebenarnya dan kelihatan hanya samar-samar.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • 'Tarif Balas' Trump Berpotensi Jejas Strategi Apple Pelbagaikan Rantaian Bekalan
  • Ini Anggaran Harga iPhone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump
  • Tarif Baru AS Ke Atas China Kini Meningkat Kepada 125%, Tapi Buat Pusingan U Ke Atas Negara Lain

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY