Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi CEPat

Bayar Cukai Pintu Dengan Aplikasi CEPat Dan Berpeluang Menang iPhone 15 Pro

Diterbitkan Februari 13, 2024 ยท Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh ariff bukhari

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor kini sedang menjalankan kempen pembayaran cukai taksiran bagi tahun 2024 (bagi Januari sehingga Jun) yang telah pun bermula sejak Disember 2023.

Kempen bagi penggal pertama pembayaran cukai taksiran ini akan berakhir pada 29 Feburari ini.

Kini pembayaran cukai taksiran di Selangor boleh dibuat secara dalam talian yang lebih mudah menerusi Aplikasi CEPat (Citizen-E Payment).

Ia dibangunkan oleh SSDU Innovations Sdn. Bhd; (SSDU) sebagai alternatif pembayaran dalam talian kepada masyarakat di Selangor.

Kini, SSDU dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kerajaan Negeri Selangor sedang mempromosikan Peraduan CEPat-CEPat Menang.

Peraduan yang berlangsung selama 3 bulan, bermula 29 November 2023 sehingga 29 Februari 2024 ini menyasarkan 5 perkhidmatan PBT, iaitu pembayaran cukai taksiran, parkir, kompaun, sewaan dan juga pembaharuan lesen.

aplikasi CEPat

CEPat adalah sebuah aplikasi pintar yang berfungsi sebagai gerbang pembayaran perkhidmatan kerajaan negeri bersepadu.

Perkhidmatan yang boleh digunakan melalui aplikasi CEPat ini adalah pembayaran cukai taksiran, cukai tanah dan cukai petak, kompaun, Scan to Ride (Bas Smart Selangor), utiliti, pembaharuan lesen, sewaan fasiliti dan juga sumbangan.

Cukai Taksiran_2024

Melalui CEPat, masyarakat tidak perlu lagi hadir ke mana-mana kaunter PBT bagi menjelaskan pembayaran cukai taksiran mereka.

Aplikasi CEPat boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play. Daftar segera sebagai pengguna dan mula buat bayaran perkhidmatan yang ingin dilaksanakan secara dalam talian.

Berkaitan

  • Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023
  • Kemas Kini Hingga 7 Tahun Seperti 'Isi Inti Baru Pada Sandwic Berkulat' - Presiden OnePlus
  • Google Kini "Hadkan" Jumlah E-mel Yang Boleh Dihantar Dalam Sehari

Sumber: Siaran media SSDU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY