Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023

Diterbitkan Februari 9, 2024 ยท Dikemas kini Februari 9, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan analisis oleh penyelidik pasaran telefon pintar dari Canalys, 7 dari 10 model telefon pintar yang dipasarkan pada tahun 2023 lalu telah dikuasai oleh iPhone dari Apple.

Apple menguasai pasaran telefon pintar sepanjang tahun 2023 dengan 3 siri iPhone mereka iaitu iPhone 13, iPhone 14 dan yang terbaru dilancarkan tahun lalu, iPhone 15.

Malah menurut Canalys, ia adalah tahun pertama bagi model iPhone Pro mendahului ranking tahunan kebanyakan model telefon pintar yang dipasarkan, sekali gus mencerminkan peralihan premium pasaran telefon pintar.

Secara keseluruhan, Apple telah memasarkan sebanyak 186 juta unit iPhone sepanjang 2023 lalu.

Jumlah itu jauh meninggalkan model telefon pintar Samsung yang hanya merekodkan sebanyak 60 juta unit sahaja menerusi kategori telefon pintar pertengahan.

pasaran telefon pintar 2023

Kedudukan ini juga menunjukkan bahawa Apple menguasai pasaran telefon pintar premium.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Apple juga berjaya menguasai pasaran telefon pintar terbesar iaitu China, mengatasi pengeluar telefon pintar dari negara itu sendiri.

Berkaitan

  • Buat Pertama Kalinya, iPhone Kuasai Pasaran Telefon Pintar Di China
  • Rekaan Bonggol Kamera iPhone 16 Sekali Lagi Dikatakan Berubah
  • iOS 17.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat Untuk Teks

Sumber: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY