Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Switch Apple Malaysia

Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13

Diterbitkan Februari 13, 2024 · Dikemas kini Februari 13, 2024 oleh Amalina Athman

Switch kini menawarkan harga diskaun untuk penukaran bateri dan skrin paparan iPhone.

Berkaitan

  • Tak Perlu Banyak, Dengan 3 Siri iPhone Ini Saja Apple Sudah Kuasai Pasaran Telefon Pintar 2023
  • Bayar Cukai Pintu Dengan Aplikasi CEPat Dan Berpeluang Menang iPhone 15 Pro

Bermula 14 Februari hingga 15 Mac 2024, penukaran bateri bagi semua model dalam siri iPhone 12 dan iPhone 13 ditawarkan pada harga promosi RM338 – berbanding harga asal RM430.

Sementara bagi penggantian skrin paparan, berikut merupakan harga promosi mengikut model iPhone:

  • iPhone 12 mini & iPhone 13 mini –  ̶R̶M̶1̶,̶2̶0̶0̶ RM1,088
  • iPhone 12 & iPhone 13 –  ̶R̶M̶1̶,̶4̶0̶0̶ RM1,288
  • iPhone 12 Pro & iPhone 13 Pro –  ̶R̶M̶1̶,̶5̶0̶0̶ RM1,388
  • iPhone 12 Pro Max & iPhone 13 Pro Max –  ̶R̶M̶1̶,̶8̶0̶0̶ RM1,688

Perlu diketahui, pembaikan akan disiapkan dalam tempoh 24 jam sekiranya janji temu dibuat sebelum jam 12 tengah hari dan bergantung kepada stok yang tersedia.

Namun, sekiranya tiada stok yang tersedia, pembaikan mungkin mengambil masa sehingga 7-14 hari. Selain itu, ia juga tertakluk kepada terma dan syarat waranti Apple Limited.

switch promosi 2024

Sebelum menghantar peranti, pengguna disarankan untuk membuat sandaran data.

Untuk maklumat lanjut atau janji temu, layari Facebook Switch.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY