Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
toto toilet

Pembuat Tandas Jepun Syorkan Pengguna Tidak Lap Tempat Duduk Tandas Dengan Tisu

Diterbitkan Januari 2, 2025 · Dikemas kini Januari 2, 2025 oleh ariff bukhari

Tandas ciptaan Jepun dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan teknologi seperti pemain muzik, siraman automatik, dan tempat duduk yang boleh dipanaskan serta hadir dalam rekaan yang inovatif.

Tetapi siapa sangka bahawa tempat duduk tandas serba canggih mempunyai musuh yang tidak terlintas di fikiran pengguna, tisu tandas.

Ia selepas sebuah syarikat pembuat mangkuk tandas terkemuka Jepun, Toto Ltd. berkata, pengguna harus mengelak daripada mengelap pelapik tempat duduk tandas mereka dengan kertas tandas.

Alasannya kerana ia berisiko menimbulkan calar mikro pada permukaan tempat duduk tersebut.

Nasihat syarikat itu datang selepas beberapa siri siaran di media sosial melibatkan pelanggan Toto yang  mengadu tentang isu calar dan perubahan warna pada tempat duduk tandas mereka selepas dilap dengan kertas tandas.

Menurut Toto, tempat duduk tandas sentiasa diperbuat daripada resin plastik.

“Kami menggunakan resin semasa memandangkan ketahanannya terhadap detergen dan keupayaannya untuk dibentuk menjadi bentuk yang kompleks.” Wakil Toto Ltd.

Jadi, terang syarikat itu, apabila mengelap tempat duduk resin plastik berulang kali dengan kertas tandas atau kain kering, ia boleh menyebabkan calar kecil pada permukaan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kotoran boleh terkumpul dalam calar ini, yang akan menyebabkan perubahan warna. Oleh itu, pengguna disyorkan untuk menggunakan kain lembut, dilembapkan dengan air dan diperah dengan baik.

Namun, mengapa mereka tidak mahu membangunkan bahan yang lebih tahan lama untuk tempat duduk tandas?

Toto menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis resin plastik, dan pengilang memilih yang berdasarkan keseimbangan kualiti, keselamatan dan kos serta faktor lain.

Walaupun syarikat itu sedang meneliti bahan dengan rintangan calar yang lebih tinggi, ia mengatakan “tiada rancangan untuk menukar bahan pada masa ini.”

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • X Dan YouTube Masih Belum Mohon Lesen Untuk Beroperasi Di Malaysia
  • Kajian Baharu Dedahkan Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri EV

Sumber: The Mainichi

Kredit imej utama: TOTO株式会社

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
  • Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun
©2026 WISER.MY