Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Baharu Dedahkan Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri EV

Kajian Baharu Dedahkan Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri EV

Diterbitkan Januari 2, 2025 · Dikemas kini Januari 2, 2025 oleh ariff bukhari

Kenderaan elektrik (EV) mungkin dilihat sebagai pengangkutan masa depan serta salah satu penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Tetapi pada masa yang sama, ia menimbulkan persoalan mengenai penyelenggaraan kepada penggunanya, terutama kesan pengecasan pantas arus terus (DC) terhadap hayat bateri.

Walaupun pada awalnya dipercayai bahawa pengecasan pantas yang kerap boleh merosakkan kapasiti bateri, tetapi berdasarkan penyelidikan terkini mendapati bahawa model EV dengan sistem pengurusan bateri canggih mungkin tidak terjejas seperti yang disangkakan.

Kajian terbaru oleh Recurrent yang menganalisis data daripada lebih 13,000 EV untuk menilai kesan pengecasan pantas secara kerap menunjukkan, tiada perbezaan ketara dalam penurunan jarak bateri antara EV Tesla yang sering menggunakan pengecasan pantas dan EV Tesla jarang melakukannya.

Dapatan itu adalah berdasarkan data daripada lebih 160,000 sesi pengecasan dunia sebenar yang tertumpu pada model EV 2018 ke atas.

FAST CHARGING EV EFFECT
Dalam carta di atas menunjukkan pengecasan pantas tidak mempunyai kesan negatif ke atas bateri EV yang tidak dijangkakan penyelidik.
6668fe74ff1820a5929e074e_barplot_all_tesla_vehicles_frequent_vs_infrequent (2)
Malah kajian mereka juga mendapati bahawa hanya sedikit sahaja EV yang kerap dicas dengan pantas.

Mengulas dapatan mereka, Recurrent berkata, sistem pengurusan bateri (BMS) dan sistem pengurusan haba (TMS) moden memastikan bateri kekal dalam keadaan selamat, mencegah kepanasan dan mengehadkan risiko seperti “thermal runaway” (apabila bateri merosakkan diri sendiri kerana keadaan haba yang tidak terkawal, yang membawa kepada potensi bahaya.)

Bateri seperti Litium Besi Fosfat (LFP) lebih tahan terhadap pengecasan pantas berbanding Nickel Manganese Cobalt (NMC). Namun, semua bateri litium-ion akan tetap mengalami kehilangan jarak secara beransur-ansur.

Faktor seperti pengecasan dalam suhu ekstrem, bateri hampir kosong atau penuh, serta pengecasan hingga 100% secara kerap masih boleh mempercepat memendekkan hayat bateri.

Sebaliknya, pengecasan hingga 80% dan pra-kondisi bateri membantu memanjangkan jangka hayatnya.

Kemajuan seperti pengecas ultra-pantas dan teknologi bateri baharu, termasuk bateri keadaan pepejal, menjadikan pengecasan EV lebih pantas, selamat, dan efisien.

EV masa depan dijangka lebih tahan lama dengan infrastruktur pengecasan pintar yang akan menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Hayat Bateri EV Mungkin Tahan Sehingga 40% Lebih Lama Dari Dijangka – Kajian
  • TM Dan Perodua Berkolaborasi Memajukan Pembangunan EV

Sumber: Euronews

Kredit imej utama: EVBox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY