Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
richard mille motosikal

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad, Hanya 150 Unit Sahaja

Diterbitkan Julai 16, 2025 · Dikemas kini Julai 16, 2025 oleh ariff bukhari

Richard Mille, jenama jam mewah dari Switzerland, telah bekerjasama dengan pengeluar motosikal ikonik Britain, Brough Superior, untuk menghasilkan sebuah motosikal edisi terhad bernama “RMB01″.

Diilhamkan daripada motosikal Broadtracker klasik, rekaan RMB01 minimalis tetapi padat dengan teknologi moden.

Ia menggunkan rangka aluminium CNC, eksoskeleton karbon yang ditempa, enjin V berkembar dengan pengecas turbo bersasaran 997cc yang menghamburkan kuasa setinggi 130 kuasa kuda serta penyerap hentak sepit udang ikonik Fior yang menyerupai mekanisme jam.

Butiran lain yang disematkan pada motosikal ini turut menonjolkan elemen jam tangan seperti meter pecut mekanikal lut sinar dan roda aloi mirip gear.

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad, Hanya 150 Unit Sahaja
RMB01 1
Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad, Hanya 150 Unit Sahaja

Dibangunkan selama 18 bulan, RMB01 menggabungkan rekaan futuristik ala jam tangan Richard Mille dengan kejuruteraan prestasi tinggi Brough Superior.

Dihasilkan hanya sebanyak 150 unit sahaja, RMB01 tersedia dalam tiga pilihan warna, Pearl of Speed, Selene, dan Nocturnal Sapphire yang dijual pada harga sekitar €200,000 (~RM986,000).

Berkaitan

  • Kawasaki Perkenal Kategori Baharu Motosikal 'Berkaki Empat'
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Data Terbaru Buktikan EV Lebih Bersih Daripada ICE

Sumber:Robb Report

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY