Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
perantisiswa

Pemberian Tablet Percuma, Pendaftaran Dibuka Pada 15 April Ini

Diterbitkan Mac 29, 2022 oleh Firdaus

Inisiatif Perantisiswa Keluarga Malaysia telah memperuntukkan RM450 juta untuk memberi tablet percuma kepada pelajar B40 yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

Pada hujung minggu lepas, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa telah mengatakan bahawa portal pendaftaran akan dibuka pada 15 April 2022.

Beliau juga menyatakan bahawa ibu bapa daripada golongan B40 tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli peranti kepada anak mereka. Mereka hanya perlu memohon kepada kerajaan pada 15 April ini dan kerajaan akan memberi peranti kepada mereka secara percuma.

tarikh Inisiatif perantisiswa
Kredit: Kementerian Pengajian Tinggi

Tambahan lagi, beliau juga menjamin bahawa peranti yang akan diberi adalah yang berkualiti dan bukannya ‘cap ayam’. Selain itu, inisiatif ini dijangka akan memberi sebanyak 450,000 unit peranti kepada pelajar B40 yang sedang melanjutkan pelajaran mereka.

Tan Sri Annuar Musa berharap dan menjangkakan peranti ini dapat diberikan kepada pelajar yang layak seawal minggu pertama bulan Jun ini. Dek kerana pemberian dalam jumlah yang besar, pelaksanaan ini terbahagi kepada 3 fasa pemberian.

Syarat Kelayakan

  • Rakyat Malaysia
  • Mahasiswa yang melanjutkan pengajian diperingkat diploma, diploma lanjutan atau ijazah sarjana muda.
  • Melanjutkan pengajian di universiti awam (UA), universiti swasta (US), politeknik dan kolej komuniti yang berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • Pendapat purata isi rumah tidak lebih RM4,850 (B40).

Anda boleh membaca artikel ini untuk maklumat lanjut tentang Inisiatif Perantisiswa. Jangan lupa untuk menyampaikan berita ini kepada mereka yang layak.

Sumber: Keptennews

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Pakej Perantisiswa – Mungkin Tablet Jenama Ini Yang Diberikan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY