Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Boleh Naik Tangga Dan Padam Api, Robot Anjing Kini Diuji Di China

Boleh Naik Tangga Dan Padam Api, Robot Anjing Kini Diuji Di China

Diterbitkan Mei 21, 2025 · Dikemas kini Mei 21, 2025 oleh ariff bukhari

China memperkenalkan robot anjing bomba berteknologi tinggi yang dibangunkan Unitree Robotics sebagai penyelesaian pemadaman kebakaran di kawasan bandar berpenduduk padat.

Dilengkapi dengan meriam air bertekanan tinggi, kamera HD, sensor haba, dan keupayaan autonomi, robot ini boleh memasuki bangunan terbakar, menaiki tangga, kawalan jauh dan menghantar maklumat secara langsung kepada pasukan penyelamat.

Dengan reka bentuk modular, robot anjing ini sesuai digunakan dalam misi menyelamat dan pemadaman api yang berisiko.

Boleh Naik Tangga Dan Padam Api, Robot Anjing Kini Diuji Di China
Robot anjing ini juga dilengkapi teknologi LiDAR yang membolehkan ia menjana imej 3D pada masa nyata.

Namun begitu, disebalik kecanggihan teknologi ini, cabaran yang didepani termasuklah kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi dan limitasi ketahanan bateri dalam suhu tinggi.

Robot ini kini diuji di bandar seperti Qingdao yang berjaya menunjukkan pengurangan pendedahan risiko terhadap manusia sehingga 70% serta peningkatan keberkesanan pemadaman api sebanyak 40%.

Unitree b1
Unitree membangunkan 3 model robot anjing yang khusus untuk digunakan tahap industri iaitu B1, B2 dan AlienGo.
Unitree b2
Unitree AlienGo

Tidak mustahil pada masa hadapan penggunaan robot anjing ini akan lebih meluas dalam misi menyelamatkan nyawa dan menangani kebakaran moden yang dapat mengurangkan risiko nyawa manusia.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • China Operasi 100 Trak Lombong EV Tanpa Pemandu, Guna AI & Teknologi Huawei
  • Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY