Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Operasi 100 Trak Lombong EV Tanpa Pemandu, Guna AI & Teknologi Huawei

China Operasi 100 Trak Lombong EV Tanpa Pemandu, Guna AI & Teknologi Huawei

Diterbitkan Mei 19, 2025 · Dikemas kini Mei 19, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat tenaga milik kerajaan China, Huaneng Group baru-baru ini telah melancarkan sebanyak 100 lori perlombongan berkuasa elektrik tanpa pemandu di Inner Mongolia.

Ia sekali gus menjadikannya armada terbesar seumpamanya di dunia ketika ini.

Lori-lori ini yang dinamakan sebagai Huaneng Ruichi, menggunakan sistem pemanduan autonomi daripada Huawei, serta teknologi seperti 5G-A (5.5G), AI, pengkomputeran awan, pertukaran bateri pintar dan pemetaan berketepatan tinggi.

Lori-lori ini dilengkapi dengan pek bateri lithium besi fosfat 564 kilowatt-jam.

Apabila dicas sepenuhnya, ia boleh membawa 90 metrik tan barang dan bergerak sekitar 60 kilometer.

China Operasi 100 Trak Lombong EV Tanpa Pemandu, Guna AI & Teknologi Huawei
China Operasi 100 Trak Lombong EV Tanpa Pemandu, Guna AI & Teknologi Huawei

Lori ini mampu beroperasi secara autonomi dalam cuaca ekstrem, memuat dan memunggah bahan lombong, serta meningkatkan kecekapan pengangkutan sehingga 20% berbanding lori biasa.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha China untuk mendigitalkan industri tradisional seperti perlombongan dan pelabuhan.

Fasa pertama ini akan berkembang kepada 300 lori dalam tiga tahun akan datang di lombong arang batu Yimin.

Menjelang akhir 2024, dianggarkan lebih 5,000 lori autonomi akan beroperasi di seluruh China, dengan jumlah itu dijangka meningkat kepada 10,000 menjelang 2026.

Berkaitan

  • China Siapkan Projek Lebuh Raya Tanpa Pemandu Sepenuhnya, Hanya Dron Dan Robot
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pemanasan Global Tapi Ais Antartika Meningkat? Ini Penjelasannya

Sumber: South China Morning Post, Chinese Embassy Manila

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY