Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta

Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta

Diterbitkan Mei 20, 2025 · Dikemas kini Mei 23, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat dari Slovakia, Klein Vision yang membangunkan kereta terbang pertama di dunia yang disahkan untuk penerbangan telah memperkenalkan prototaip produksi mereka di acara Living Legends of Aviation 2025 di Beverly Hills.

Dikenali sebagai AirCar, prototaip ini adalah hasil ujian bertahun-tahun dan direka untuk pengeluaran berskala komersial.

Menurut Klein Vision, AirCar akan tersedia untuk dibeli menjelang awal 2026 akan datang. Ini akan menjadikan AirCar sebagai kereta terbang pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia.zme

Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta
Pereka dan penciptanya, Stefan Klein menerima Anugerah Pengiktirafan Khas untuk Kecemerlangan Kejuruteraan di acara itu atas sumbangannya dalam inovasi mobiliti udara peribadi.

AirCar yang telah memiliki Sijil Kelayakan Udara, telah pun melengkapkan lebih 170 jam penerbangan serta 500 pendaratan dan berlepas.

Ia mampu bertukar daripada kereta ke pesawat secara automatik dalam masa kurang dua minit, menggunakan reka bentuk aerodinamik, struktur komposit yang dikuasakan enjin baharu berkuasa 280 kuasa kuda.

Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta
Sebelum ini AirCar dikuasakan enjin BMW 1.6l yang hanya menghasilkan 140 kuasa kuda sahaja.

AirCar didakwa mampu mencapai julat penerbangan sejauh 621 batu (1,000km) dan terbang pada ketinggian  18,000 kaki.

Ia beroperasi menggunakan bahan bakar petrol standard yang diguna oleh kereta petrol dan mampu membawa dua orang penumpang.

Harga jualannya pula dianggarkan sekitar $800,000 hingga $1 juta, bergantung kepada spesifikasi.

Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta
Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta
Kereta Terbang Pertama Dunia Muncul Tahun Depan – Harganya ~RM4 Juta

Syarikat itu menjangkakan pasaran mobiliti udara global dijangka mencecah nilai $162 bilion menjelang 2034.

Pada tahun lepas, AirCar telah membuat kemunculan di dalam siri rancangan The Grand Tour.

Ketiga-tiga hos rancangan itu jelas kelihatan terkedu seakan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat apabila melihat kereta terbang itu berlepas dan mendarat secara langsung.

Berkaitan

  • Kereta Terbang Modular Xpeng Berharga ~RM1.2 Juta Sudah Terima Lebih 2,000 Tempahan
  • LEO Flight Tayang 2 Model Kereta Terbang Di CES 2025, Harga Bermula ~RM450,000
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G

Sumber: Klein Vision – Flying Car, ZME Science

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY