Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
distraction control

Pelayar Safari Terima Ciri ‘Distraction Control’, Pengguna Beta Boleh Cuba Sekarang

Diterbitkan Ogos 6, 2024 oleh ariff bukhari

JIka anda pengguna iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia versi beta (pembangun), anda sepatutnya sudah pun mula menerima ciri baharu untuk aplikasi pelayar Safari.

Ciri baru tersebut yang dikenali sebagai ‘Distraction Control‘ (Kawalan Gangguan) direka  untuk mengurangkan elemen yang mengganggu daripada artikel dan halaman sesawang, seperti tetingkap log masuk, pop timbul, video auto main dan banyak lagi.

distraction control 1
Contoh iklan dalam laman sesawang akan dihilangkan secar beranimasi apabila Distraction Control diaktifkan.

Untuk menggunakan ciri Distraction Control, pergi ke Menu dan pilih Hide Distracting Items.

Anda boleh memilih kawasan pada halaman yang ingin anda sembunyikan dan kandungan statik yang anda pilih akan kekal tersembunyi.

Ciri Distraction Control buat masa ini hanya tersedia dalam versi beta pembangun iOS 18 , iPadOS 18 dan macOS Sequoia. Ia dijangka akan tersedia kepada penguji beta awam pula tidak lama lagi.

Berkaitan

  • (Ulasan) iPhone 15 Pro - Cerita Sebenar Yang Disembunyikan
  • 10 'Ciri Baharu' iOS 18 Tapi Sebenarnya Dah Bertahun Lamanya Dinikmati Pengguna Android
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • 3 Ciri Google Photos AI Baharu Kini Tersedia Untuk Android Dan iPhone, Ini Cara Gunanya

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY