Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

10 ‘Ciri Baharu’ iOS 18 Tapi Sebenarnya Dah Bertahun Lamanya Dinikmati Pengguna Android

Posted on Jun 20, 2024Jun 20, 2024

Appel telah pun mengumumkan iOS 18 di WWDC 2024 lalu yang dijangka akan tiba secara rasmi tidak lama lagi pada semua pengguna yang memiliki model iPhone yang menyokongnya.

Apple memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang akan dinikmati pengguna iPhone apabila iOS 18 dilepaskan nanti.

Tetapi daripada sejumlah ciri baharu yang diumumkan itu, pengguna telefon pintar Android sebenarnya sudah pun lama menggunakannya.

Jadi, berikut adalah 10 ‘ciri baharu iOS 18’ yang diperkenalkan Apple tapi sudah lama digunakan pengguna Android:

1. Ikon iPhone kini boleh disusun sesuka hati

Apple akhirnya membenarkan pengguna iPhone untuk menentukan kedudukan susunan ikon pada Home screen mengikut kehendak penggunanya.

Walhal ciri ini sudah pun lama dimiliki Android dan ia bukanlah perkara baharu kepada mereka.

2. Kustomasi ikon

Seperti susunan ikon, iOS 18 akan membolehkan pengguna iPhone melakukan kustomasi pada ikon aplikasi yang membolehkan warna ikon ditukar serta mengalih keluar label aplikasi.

Ciri sistem warna ikon baharu Apple ini sebenarnya hampir menyerupai Android Material You.

Google telah memperkenalkan Material You pada tahun 2021 dahulu sebagai ciri tema automatik peringkat sistem yang boleh menukarkan warna ikon, butang dan elemen sistem lain berdasarkan warna wallpaper semasa yang ditetapkan penggunanya.

Cuma bezanya, Apple membenarkan anda menukar warna ikon kepada apa sahaja yang anda mahu, sementara Android pula hanya menawarkan segelintir warna sahaja.

Walau bagaimanapun, kustomasi Apple ini tidak mengubah warna di seluruh sistem, hanya terpakai pada ikon sahaja.

3. Kustomasi Control Center

Sama seperti Quick Settings dalam menu Android, Control Center dalam iPhone memberi pengunanya akses mudah kepada tetapan fungsi sistem seperti kecerahan, data mudah alih, Wi-Fi dan lain-lain.

Tetapi dalam iOS 18, ia akhirnya memberikan pengguna iPhone kawalan kepada hampir keseluruhan ke atas apa yang muncul di sini.

Ia merupakan ‘ciri baharu iOS’ yang sudah bertahun pengguna Android miliki dengan ciri kustomasi fleksibel seperti yang ditawar Xiaomi HyperOS, NothingOS, Infinix XOS dan lain-lain.

4. Game Mode

Mod Permainan (Game Mode) akhirnya datang dengan iOS 18.

Mod ini membolehkan anda mematikan pemberitahuan dan menolak sistem untuk memfokus pada prestasi permainan terbaik.

Bagaimanapun, pengguna Android mempunyai ciri asli yang dipanggil Game Dashboard yang melakukan perkara yang sama sejak Android 12 pada tahun 2021 lagi.

Malah sebelum itu, banyak OEM Android menawarkan ciri peningkatan permainan mereka sendiri.

5. Ciri pilihan had pengecasan bateri

Ciri ini tidak dinyatakan secara terang oleh Apple dalam WWDC24 lalu, tapi ia adalah versi yang dipertingkatkan dalam iOS 18.

Ciri ini membolehkan anda menghalang telefon anda daripada mengecas melebihi peratusan tertentu, bagi tujuan membantu mengekalkan jangka hayat bateri.

Dalam iOS 17, ciri had pengecasan ini telah ditetapkan kepada 80%, tetapi dalam iOS 18, anda boleh memilih daripada berbilang titik hentian antara 80% dan 100%.

Pengguna Android sudah pun menerima ciri had pengecasan ini lebih dulu dari pengguna iPhone.

6. Kustomasi pintasan Lock screen 

Disebutkan secara ringkas semasa WWDC24, iOS 18 menawarkan pengguna keupayaan untuk menukar dua pintasan yang muncul di sudut bawah paparan apabila telefon dikunci.

Android mempunyai pintasan sendiri pada skrin kunci (sesuatu yang sudah dimiliki sistem Android setahun lalu sebelum iOS lakukannya) dan telah lama membenarkan pengguna mengubahnya.

Malah sesetengah Android skins membolehkan anda menukarnya kepada apa sahaja yang anda mahu, manakala Android standard turut memberi banyak pilihan walaupun terhad.

7. Jadualkan mesej dihantar

Setelah sekian lama diperkenalkan Android pada Google Messages, kini Apple perkenalkannya pada iPhone yang membolehkan penggunanya keupayaan untuk mengarang mesej teks dan menjadualkannya untuk dihantar kemudian.

Cumanya di sini, Apple mempunyai satu kelebihan iaitu mesej berjadual akan dihantar walaupun iPhone anda dimatikan atau diputuskan sambungan dari internet.

Ini berkemungkinan bermakna bahawa mesej berjadual anda mula-mula dihantar ke pelayan Apple dan kemudian disimpan di sana sebelum dihantar.

Berbeza dengan Android, jika telefon anda dimatikan atau diputuskan sambungan, mesej anda tidak akan dihantar sehingga ia disambungkan semula.

Namun, ini tidak mengubah hakikat bahawa ia mengambil masa terlalu lama untuk Apple menawarkan fungsi asas sedemikian kepada iPhone.

8. Dail T9

Apa itu dail T9? Kepada pengguna iPhone, dail T9 itu adalah satu ciri yang sudah bertahun diguna pengguna Android.

Apabila anda menerima iOS 18 nanti, ia akan membolehkan anda menggunakan huruf yang dikaitkan dengan setiap nombor untuk mencari kenalan anda.

Dail T9 ini ialah teknologi teks ramalan yang muncul pada akhir 90-an untuk memudahkan menaip mesej teks pada peranti dengan pilihan input terhad, seperti telefon mudah alih tradisional dengan pad kekunci angka.

Sebagai contoh, anda mahu mencari nama “Azim”, anda akan menekan nombor 2 sepadan dengan (ABC) – 9 (WXYZ) – 4 (GHI) – 6 (MNO) pada pendail.

Melakukannya akan membawa bukan sahaja nombor telefon dengan urutan itu tetapi juga orang yang bernama “Azim” atau orang yang mempunyai “azim” dalam nama kenalan mereka. Canggihkan.

9. Transkripsi rakaman

Aplikasi Voice Memo dalam iOS membolehkan anda membuat rakaman audio perbualan, temu bual, kuliah dan sebagainya.

Dalam iOS 18, anda akan dapat pula membuat transkripsi rakaman tersebut. Ia merupakan ciri yang telah dimiliki oleh aplikasi Google Recorder selama bertahun-tahun.

iOS 18 juga akan membolehkan anda merakam dan menyalin panggilan telefon dan menyalin mel suara yang merupakan dua ciri lain yang sudah sedia ada pada Android.

10. Clean Up

Dalam aplikasi Photos iOS 18, Apple akan tawarkan satu ciri baharu yang dipanggil Clean Up.

Ia akan membolehkan anda membulatkan satu aspek foto dan kemudian mengalih keluarnya menggunakan AI generatif untuk mengisi ruang yang dialihkan.

Ini adalah ciri yang sama yang tersedia dalam Google Photos hari ini yang dipanggil Magic Editor.

Ciri ini bukan sahaja tersedia secara percuma pada telefon Pixels dan Galaxy (di bawah nama Generative Edit kemudiannya), tetapi ia juga tersedia kepada sesiapa sahaja yang menggunakan Google Photos di web (dalam kapasiti terhad).

Jadi, pengguna iPhone pastinya tak sabar menunggu kehadiran iOS 18 pada iPhone mereka.

‌iOS 18‌ kini masih dalam versi beta dan hanya tersedia untuk mereka yang mendaftar dengan Apple Developer Program. Versi iOS 18 beta awam pula hanya akan menyusul pada bulan Julai nanti dengan versi penuhnya hanya akan dilepaskan pada bulan September 2024.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress