Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Pelayar Chrome Pecah Rekod Penanda Aras Dengan Apple Macbook Pro M4

Diterbitkan Jun 9, 2025 oleh ariff bukhari

Google mengumumkan bahawa pelayar Chrome mereka berjaya mencatat “skor tertinggi pernah direkodkan” dalam ujian Speedometer 3.

Ini sekali gus menjadikannya Chrome antara pelayar terpantas di dunia ketika ini.

Ujian Speedometer 3 merupakan satu penanda aras prestasi yang mengukur kecekapan pelayar web dalam pelbagai aspek, termasuk pemprosesan HTML, JavaScript, JSON, manipulasi DOM, susun atur CSS, dan rendering piksel.

Secara teori, skor yang lebih tinggi dalam ujian ini bermaksud pengalaman melayari web yang lebih lancar dan pantas bagi pengguna.

Screenshot 2025-06-05 at 10.50.22 AM
Skor Chrome dalam ujian Speedometer 3 diukur pada Apple Macbook Pro M4 dengan MacOS 15.

Peningkatan ini hasil daripada pelbagai pengoptimuman teknikal yang dilakukan oleh pasukan pembangunan mereka yang menjanjikan pengguna pengalaman pelayaran yang lebih responsif dan lancar.

Pelayar Chrome Pecah Rekod Penanda Aras Dengan Apple Macbook Pro M4
Status pelayar web global setakat Mei 2025. Sumber: Stat Counter.

Peningkatan prestasi Chrome ini sudah tentunya sangat dialu-alukan. Namun, pemilihan pelayar terbaik tetap bergantung kepada keperluan individu, dan bukan semata-mata berdasarkan ujian prestasi.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Siri ROG Xbox Ally Dengan Windows 11 Dan UI Khusus Dilancar
  • Naik Taraf Atau Ambil Risiko? Microsoft Sasar Pengguna Windows 10 Lagi

Sumber: Chromium Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Tambang ECRL Diumumkan, Perjalanan Gombak-Kota Bharu Bermula RM125
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
©2026 WISER.MY