Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG XBOX Ally & Ally X KV

Siri ROG Xbox Ally Dengan Windows 11 Dan UI Khusus Dilancar

Diterbitkan Jun 9, 2025 · Dikemas kini Jun 9, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan siri peranti handheld terbaru, ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X, hasil kerjasama eksklusif dengan Xbox.

Dengan menggabungkan jenama ROG dan konsol permainan Xbox, ROG Xbox Ally menggunakan pemproses AMD Ryzen Z2 A, manakala ROG Xbox Ally X hadir dengan AMD Ryzen AI Z2 Extreme, yang menjanjikan prestasi untuk permainan AAA dan sokongan ciri-ciri AI.

ROG XBOX Ally KV
Kedua-dua model menampilkan rekaan genggaman yang lebih selesa, diinspirasikan oleh pengawal Xbox.
ROG XBOX Ally X KV
Model Ally X juga dilengkapi dengan “impulse triggers”, yang memberikan maklum balas haptik lebih realistik dalam permainan yang menyokong fungsi tersebut.

Peranti ini turut disokong oleh sistem operasi Windows 11, tetapi dengan antara muka Xbox yang disesuaikan secara khusus, membolehkan pengguna mengakses permainan, tetapan, dan mod dengan mudah menggunakan butang kawalan Xbox.

Walaupun bersaiz kompak, peranti ini menawarkan pengalaman konsol ditangan dengan teknologi seperti AMD FidelityFX™ Super Resolution (FSR), Radeon Super Resolution (RSR) dan AMD Fluid Motion Frames (AFMF) yang memberikan grafik lebih lancar dan berkualiti tinggi.

Malah cip yang menguasakan model Ally X turut dilengkapi NPU (unit pemprosesan AI) bagi menyokong ciri-ciri AI.

ROG XBOX Ally & Ally X KV
ROG Xbox Ally Dan ROG Xbox Ally X dilengkapi skrin IPS 7 inci FHD (1080p), 500 nits dengan kadar segar 120Hz.

Pada pelancarannya hari ini, ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X akan tersedia di beberapa pasaran terpilih termasuklah Australia, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Arab Saudi, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, dan Amerika Syarikat sebelum diperluas ke pasaran lain.

Walau bagaimanapun, Microsoft belum bersedia mendedahkan harga jualan rasminya buat masa ini.

Lihat spesifikasi penuh ROG Xbox Ally Dan ROG Xbox Ally X dengan layari laman rasmi ROG.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Aplikasi GO by Bank Islam Akan Ditamatkan 28 Jun Ini
  • Cincin Pintar Pertama Infinix Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY