Selepas diumumkan pada Julai 2025 lalu, storan SSD NVME pertama di dunia berkapaisiti 245 TB yang dibangunkan oleh Kioxia kini mula digunakan di dalam pusat data berskala besar.
Ia selepas Kioxia bersama Dell Technologies memperkenalkan pelayan Dell PowerEdge R7725xd yang dilengkapi storan SSD NVMe™ siri LC9 bersaiz 245.76 terabyte (TB).

Dengan setiap rak pelayan menyokong sehingga 40 unit SSD itu, sekali gus menghasilkan kepadatan storan sehingga 9.8 petabyte (PB) yang dibina untuk memenuhi permintaan AI, data berskala besar dan beban kerja perusahaan yang intensif data.
Dipacu pemproses AMD EPYC dan sokongan sehingga 5× 400 Gbps NIC, sistem ini mampu mempercepatkan aliran data tanpa mengorbankan kecekapan tenaga.

Berbanding konfigurasi SSD tradisional 30.72 TB, penyelesaian ini menjimatkan sehingga 8 kali ganda penggunaan kuasa, ruang rak, dan bilangan pelayan, sekali gus mengurangkan kos operasi pusat data.
“Gabungan pelayan Dell PowerEdge R7725xd dan SSD perusahaan Siri KIOXIA LC9 bukan sekadar tentang kepadatan tinggi, ia merupakan satu perubahan dalam cara kami mereka bentuk infrastruktur AI,” Akihiro Kimura, eksekutif teknologi Bahagian SSD di Kioxia Corporation.
Kioxia dan Dell menekankan bahawa pendekatan berasaskan kepadatan tinggi ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan data yang pesat, tetapi juga memperkukuh infrastruktur AI yang mampan dan boleh diskalakan.
{suggest}
