Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kioxia SSD

KIOXIA Bawakan Prestasi Storan Pusat Data Ke PC Awam, Kelajuan Sehingga 10,300 MB/s

Diterbitkan April 28, 2026 · Dikemas kini April 28, 2026 oleh ariff bukhari

KIOXIA memperkenalkan siri baharu storan berkelajuan tinggi PCIe 5.0, PCBG8 SSD yang direka untuk pengeluar PC utama (OEM).

Dengan teknologi BiCS FLASH™ Gen 8 TLC 3D, ia meningkatkan prestasi storan sehingga 47% lebih pantas bacaan berjujukan dan 67% lebih pantas tulisan berjujukan berbanding generasi sebelumnya.

BG8 menawarkan kelajuan bacaan sehingga 10,300 MB/s dan tulisan sehingga 10,000 MB/s, serta prestasi rawak sehingga 1.4 juta IOPS (Input/Output Operations Per Second) .

Reka bentuk DRAM-less dengan sokongan  (HMB) pula menjadikannya lebih efisien, manakala saiz M.2 2230, 2242, dan 2280 dengan kapasiti 512GB, 1TB, dan 2TB sesuai untuk laptop nipis dan desktop moden.

Keselamatan turut dipertingkat dengan sokongan Self-Encrypting Drive (SED) dan pematuhan NVMe 2.0d.

Produk ini kini dalam fasa sampel kepada OEM, dengan penghantaran dijangka bermula suku ke-2 2026 ini.

Berkaitan

  • Kioxia Umum SSD NVMe 245TB Pertama Dunia Untuk AI Generatif
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kioxia Perkenal SSD Baharu Khusus Untuk Tingkat Prestasi GPU Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY