Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kioxia SSD NVMe 245TB KIOXIA LC9 Series

Kioxia Umum SSD NVMe 245TB Pertama Dunia Untuk AI Generatif

Diterbitkan Julai 25, 2025 oleh ariff bukhari

Kioxia Corporation telah meluaskan barisan SSD kelas enterprise KIOXIA LC9 Series dengan melancarkan SSD NVMe berkapasiti 245.76TB pertama di dunia yang direka khas untuk menyokong beban kerja AI generatif seperti latihan model bahasa besar (LLM) dan pangkalan data vektor untuk RAG (retrieval augmented generation), yang memerlukan kapasiti, kepantasan dan kecekapan tinggi.

Menggunakan teknologi BiCS FLASH™ QLC 3D 2Tb dan teknologi CMOS Bonded to Array (CBA), cip SSD ini menyokong hingga 8TB per pakej BGA bersaiz kecil yang juga merupakan yang pertama dalam industri.

SSD KIOXIA LC9 Series ini yang tersedia dalam faktor bentuk 2.5-inci dan EDSFF E3.L, direka untuk menggantikan storan jenis HDD konvensional sekali gus menawarkan penjimatan ruang, tenaga, dan sistem penyejukan yang mengurangkan kos operasi keseluruhan.

Antara ciri utama SSD KIOXIA LC9 ini adalah kapasiti sehingga 245.76TB (2.5-inci dan E3.L), dan 122.88TB (E3.S), menyokong antara muka PCIe 5.0 dan sokongan NVMe 2.0 serta dilengkapi teknologi memanjangkan hayat SSD.

SSD ini kini dalam fasa ujian kepada pelanggan terpilih dan akan dipamerkan pada persidangan Future of Memory and Storage 2025 pada 5–7 Ogos di Santa Clara.

Berkaitan

  • TV OLED Atau QLED, Ini Pilihan Panel TV Terbaik Untuk Rumah Anda
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • China Lancar Robot Humanoid Pertama Di Dunia Boleh Tukar Bateri Sendiri

Sumber: KIOXIA Asia Pacific

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY