Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Macam Radiator Kereta, NVIDIA Perkenal Sistem Penyejuk Cecair 45°C Untuk Pelayan AI

Macam Radiator Kereta, NVIDIA Perkenal Sistem Penyejuk Cecair 45°C Untuk Pelayan AI

Diterbitkan Jun 23, 2026 · Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh ariff bukhari

NVIDIA memperkenalkan inovasi besar dalam dunia pusat data dengan memperkenalkan sistem penyejukan cecair sepenuhnya untuk generasi pelayan AI Rubin.

Cuma berbeza dengan sistem penyejukkan air yang lama, sistem ini sebaliknya menggunakan cecair penyejuk pada suhu sehingga 45°C, lebih panas daripada kolam air panas, namun lebih cekap tenaga.

Dengan menaikkan suhu penyejuk, kos tenaga dapat dikurangkan secara drastik.

Teknologi penyejukan cecair 45°C daripada NVIDIA membolehkan pusat data disejukkan tanpa menggunakan mesin penyejuk (chiller) atau menara air tradisional.

Hasilnya, penggunaan air dapat dikurangkan sehingga hampir 0% — berbanding sistem lama yang membazirkan sekitar 2.6 juta gelen air bagi setiap megawatt setiap tahun.

Langkah ini menawarkan penyelesaian utama industri di mana penyejukan sebelum ini boleh menelan sehingga 40% tenaga elektrik pusat data.

Macam Radiator Kereta, NVIDIA Perkenal Sistem Penyejuk Cecair 45°C Untuk Pelayan AI
Dalam kilang AI, penyejuk mengalir dari unit pengedaran penyejuk ke pelayan dalam kitaran gelung tertutup.
Macam Radiator Kereta, NVIDIA Perkenal Sistem Penyejuk Cecair 45°C Untuk Pelayan AI
Infrastruktur penyejukan cecair menyalurkan saluran atas ke pelayan AI.

Sebagai contoh, sebuah fasiliti 50 MW mampu menjimatkan lebih daripada USD4 juta setahun hanya untuk kos penyejukan dengan sistem ini.

Selain itu, penggunaan air juga hampir sifar kerana sistem ini menggunakan radiator kering berbanding berjuta-juta gelen air setiap megawatt setahun.

Reka bentuk tertutup tanpa kipas dan lorong sejuk membolehkan operasi lebih senyap, padat, dan boleh dipercayai.

Cecair yang terdiri daripada 75% air dan 25% propilena glikol dialirkan terus ke plat sejuk pada pemproses, meningkatkan kecekapan dan ketumpatan rak.

Tambahan pula, haba buangan boleh digunakan semula untuk memanaskan bangunan berdekatan, menjadikan sistem ini lebih mesra alam.

Apa yang boleh disimpulkan adalah, sistem penyejukan baharu NVIDIA ini menggunakan konsep yang sama seperti radiator kereta.

Daripada membazir elektrik menggunakan penyaman udara (aircond) atau mesin penyejuk gergasi, mereka hanya meletakkan radiator di luar bangunan untuk membiarkan angin dan udara semula jadi menyejukkan cecair di dalam sistem tersebut.

Inovasi ini bukan sahaja mengurangkan kos dan penggunaan sumber, tetapi juga membuka peluang baharu untuk kelestarian pusat data AI.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pusat Data AI Cipta "Pulau Haba", Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran - Kajian
  • Syarikat Ini Bangunkan Pusat Data Terapung Dikuasakan Tenaga Ombak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY