Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Ini Bangunkan Pusat Data Terapung Dikuasakan Tenaga Ombak

Syarikat Ini Bangunkan Pusat Data Terapung Dikuasakan Tenaga Ombak

Diterbitkan April 21, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat dari Vancouver, Panthalassa tampil dengan inovasi berani dengan membangunkan teknologi pusat data terapung yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga ombak.

Sheldon-Coulson, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Panthalassa di Vancouver, Washington, yakin tenaga ombak mampu menyelesaikan cabaran tenaga global.

Menurutnya, lautan menyediakan sumber tenaga hampir tanpa had dan berpotensi menjadi sumber tenaga paling murah di dunia.

Syarikat Ini Bangunkan Pusat Data Terapung Dikuasakan Tenaga Ombak
Visi Panthalassa adalah untuk menggantikan bahan api fosil dengan tenaga ombak, sekali gus menjadikan lautan sebagai loji kuasa masa depan.

Menerusi teknologi Ocean-2 dan Ocean-3 yang dibangunkan mereka, sistem ini berfungsi seperti empangan hidro mini di laut, menukar pergerakan ombak menjadi elektrik bersih tanpa bahan api fosil.

Syarikat Ini Bangunkan Pusat Data Terapung Dikuasakan Tenaga Ombak
Ocean-3 lebih revolusioner di mana ia tidak bertali, tidak berkabel, dan mampu bergerak sendiri di permukaan laut, ibarat “Romba gergasi” yang menjana tenaga sambil memproses tugasan AI.

Hasilnya dihantar terus melalui satelit, tanpa perlu bergantung pada pusat data darat yang memakan ruang dan tenaga besar.

Panthalassa merancang ribuan unit ini menjelang 2026, menjadikan lautan sebagai ‘grid tenaga’ baharu untuk era kecerdasan buatan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pusat Data AI Cipta "Pulau Haba", Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran - Kajian
  • Bangunan Pertama Pusat Data AI TM Nxera Di Iskandar Puteri Telah Siap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY