Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MAE Kini Berwajah Baharu

Pelanggan Maybank2u Kini Tidak Lagi Boleh Luluskan Transaksi Melalui Aplikasi M2U MY

Diterbitkan Julai 24, 2023 oleh ariff bukhari

Maybank2u dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelanggan mereka kini tidak lagi akan dapat meluluskan transaksi pada melalui aplikasi M2U MY.

Ini kerana, pengesahan bagi Secure2u telah dipindahkan sepenuhnya ke aplikasi MAE.

Secure2u boleh diaktifkan melalui aplikasi MAE. Secure2u pada MAE diperlukan untuk meluluskan transaksi berikut:

  • Laman web/aplikasi M2U
  • Aplikasi MAE

Secure2u pada MAE adalah bagi menggantikan SMS TAC untuk menghalang scammers daripada mencuri SMS TAC anda melalui aplikasi palsu.

Secure2u hanya terikat kepada satu peranti pada satu-satu masa. Ini memberikan perlindungan tambahan untuk akaun bank anda.

Oleh itu para pelanggan Maybank2u diminta memuat turun aplikasi MAE dan aktifkan Secure2u untuk meneruskan urusan perbankan atas talian tanpa sebarang gangguan.

Cara mengaktifkan Secure2u pada MAE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan pada ‘Secure2u‘ di bawah Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan ikut arahan pada skrin

Sila ambil perhatian bahawa tempoh pengaktifan minima 12 jam akan berkuat kuasa apabila anda:

  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; atau
  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain

Cara menggunakan Secure2u

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi

Langkah 2: Anda akan menerima push notification Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar

Langkah 3: Tekan push notification untuk meluluskan atau menolak transaksi tanpa perlu log masuk

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Cara Log Keluar Akaun Netflix Di Televisyen Jika Tiada Pintasan 'Sign Out'
  • Public Bank Tidak Lagi Menyokong 4 Aplikasi Pelayar Versi-Versi Terdahulu Bermula 1 Ogos Ini

Sumber: Maybank2u

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY