Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Public Bank 1

Public Bank Tidak Lagi Menyokong 4 Aplikasi Pelayar Versi-Versi Terdahulu Bermula 1 Ogos Ini

Diterbitkan Julai 24, 2023 · Dikemas kini Julai 24, 2023 oleh ariff bukhari

Public Bank dalam satu kenyataan memaklumkan, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2023, versi-versi aplikasi pelayar terdahulu tidak lagi disokong oleh PBe dan PB enterprise.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Public Bank dalam  menyediakan pengalaman perbankan yang selamat kepada para pelanggannya.

Versi-versi aplikasi pelayar yang ditamatkan sokongan oleh Public Bank adalah:

  1. Versi-versi Google Chrome sebelum 109
  2. Versi-versi Mozilla Firefox sebelum 109
  3. Versi-versi Microsoft Edge sebelum 109
  4. Versi-versi Opera sebelum 94

Sehubungan itu, para pelanggan Public Bank diminta untuk menyemak dan mengemas kini versi pelayar yang dgunakan dengan kerap bagi memastikan pengalaman perbankan anda selamat dan bebas daripada gangguan.

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila klik pada pautan Public Bank Berhad – Upgrade Browser (pbebank.com).

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Spotify Naikkan Harga Langganan Di Beberapa Negara
  • "Tidak Ada Kompromi Dalam Rancangan Ini!" - Eiichiro Oda

Sumber: Public Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY