Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Secara Diam-Diam Hentikan Pelan Langganan ‘Basic’ Di Kanada

Cara Log Keluar Akaun Netflix Di Televisyen Jika Tiada Pintasan ‘Sign Out’

Diterbitkan Julai 24, 2023 ยท Dikemas kini Julai 25, 2023 oleh ariff bukhari

Mungkin ada ketikanya anda perlu untuk log keluar dari akaun Netflix anda dari televisyen, sama ada dari tv Android atau smart tv.

Kebiasannya, untuk log keluar akaun Netflix dari tv adalah mudah kerana pada antaramuka Netflix akan tersedia dengan pintasan ikon settings di sebelah kirinya.

Ataupun pada alat kawalan jauh tv anda itu juga telah tersedia dengan butang sign out akaun Netflix.

Walau bagaimanapun dalam sesetengah kes, tiada langsung pintasan sign out dipaparkan pada antaramuka Netflix tersebut. Malah tiada juga butang sign out pada alat kawalan jauh tv anda itu.

Cara mudah log keluar akaun Netflix dari tv

Jadi, untuk log keluar akaun Netflix dari tv yang tiada pintasan atau butang sign out, anda klik sahaja pada pintasan Get Help yang terletak di bawah antaramuka Netflix.

Netflix sign out

Selepas itu anda akan dipaparkan dengan paparan yang tersedia dengan pintasan sign out untuk keluar dari akaun Netflix anda.

Cara yang lebih mencabar

Tetapi jika anda mahu log keluar akaun Netflix anda dengan cara yang lebih mencabar, anda boleh cuba ikuti langkah ini.

Jika dilihat pada alat kawalan jauh tv anda, sememangnya terdapat butang kawalan arah iaitu atas, bawah kiri dan kanan.

Sebagai contoh adalah alat kawalan jauh tv android di bawah.

remote Netflix

Apa yang anda perlu lakukan adalah tekan butang arah tersebut dengan lengkapkan turutan berikut:-

  • Tekan butang atas sebanyak 2x;
  • Tekan butang bawah 2x;
  • Seterusnya kiri 1x, kanan 1x, kiri 1x, kanan 1x;
  • Tekan butang atas sebanyak 4x

Kemudian anda akan dipaparkan dengan antaramuka seperti rajah di bawah yang ada memaparkan pilihan Sign out akaun Netflix anda.

Netflix sign out 2

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk Android Akan Dilancar Minggu Ini
  • Tiada Lagi Burung Biru, Twitter Akan Dikenali 'X' Dengan Logo Baharu
  • "Tidak Ada Kompromi Dalam Rancangan Ini!" - Eiichiro Oda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY