Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancaran Global Siri OPPO Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Pelancaran Global Siri OPPO Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 17, 2025 · Dikemas kini Oktober 17, 2025 oleh ariff bukhari

OPPO akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran Find X9 Series untuk pasaran global iaitu pada 28 Oktober 2025 inni yang akan berlagsung di Barcelona, Sepanyol.

OPPO sebelum ini telah pun melancarkannya di China di mana peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 (3nm) dan bateri silikon-karbon hingga 7500mAh, yang bukan sahaja menjanjikan prestasi tinggi tetapi hayat bateri sehigga 2 hari.

Sistem operasi ColorOS 16 juga turut akan membuat kemunculan rasmi bersama Find X9 Series yang menawarkan pengalaman visual lebih lancar dengan integrasi AI.

Pelancaran Global Siri OPPO Find X9 Pada 28 Oktober Ini
Find X9 menampilkan skrin 6.59 inci, manakala Find X9 Pro mempunyai paparan imersif yang lebih besar iaitu 6.78 inci, kedua-duanya dibingkai oleh bingkai simetri ultra-tipis 1.15mm di keempat-empat sisi.

Selain itu, kerjasama OPPO bersama Hasselblad untuk peranti flagship mereka diteruskan menerusi teknologi Hasselblad Master Camera System dengan gabungan teknologi fotografi OPPO sendiri iaitu LUMO Image Engine.

Ia bakal tampil menonjol pada model Find X9 Pro, dengan kamera telefoto 200MP Hasselblad di mana hasil pembangunan bersama ini melibatkan aspek kalibrasi dan optik untuk menghasilkan imej tahap kamera profesional.

Pelancaran Global Siri OPPO Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Nantikan pelancaran global Siri OPPO Find X9 bagi mengetahui lebih lanjut tentang keupayaan, ciri dan kelebihan yang ditawarkan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OPPO Rasmikan ColorOS 16, Bakal Dilancar Pada Siri Find X9
  • Siri HONOR Magic8 Dilancar - Snapdragon 8 Elite Gen 5, Kamera 200MP Telefoto, Bateri 7200mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY