Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gx38 gx30 u mobile

Pelan GX38 U Mobile Naik Harga Mulai 21 Oktober 2022

Diterbitkan Oktober 14, 2022 · Dikemas kini Oktober 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai 21 Oktober 2022, harga bagi pelan internet tanpa had U Mobile iaitu GX38 akan menjadi RM38 sebulan. Ia meningkat sebanyak RM3 daripada harga sebelum ini iaitu RM35.

Selari dengan itu, kelajuan maksimumnya juga ditingkatkan ke 12Mbps.

Seingat saya, agak lama juga U Mobile tawarkan pelan GX38 ini pada harga promosi. Langkah ini tidaklah pelik kerana U Mobile kini dilihat lebih menekankan pelan baharu mereka iaitu U25 dan U35.

Berkaitan

  • U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan
  • Bawah RM60, Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022
  • Digi Perkenal Pelan Prabayar RM20, Internet Sosial Tanpa Had
  • Ini Apa Yang Anda Tidak Boleh Lakukan Dengan Apple Pay Di Malaysia
  • Ini 5 'Soundbar' Bajet Bawah RM300
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Opensignal: U Mobile Juara Muat Naik, Digi Nombor 1 Untuk Muat Turun
  • Maxis Jaguh Untuk 'Gaming', Kongsi Kedudukan Pertama Dengan Digi Untuk Video - Opensignal

Pakej U35 dipasarkan pada harga RM35 sebulan dengan tawaran seperti internet tanpa had (6Mbps), panggilan domestik tanpa had, hotspot 3GB dan lain-lain. Namun, ia mempunyai FUP setinggi 100GB sebulan.

GX38 pula tidak mempunyai kuota mahupun FUP tetapi kelajuan maksimumnya juga sama dengan U35 (sebelum 20 Oktober). Bahkan, ia dibekalkan dengan kuota hotspot 2 kali ganda iaitu sebanyak 6GB.

Dalam masa beberapa bulan atau tahun lagi, pelan GX ini juga mungkin akan dihapuskan terus seperti apa yang syarikat telekomunikasi selalu lakukan pada kebanyakan pelan prabayar mereka.

Sumber: Umobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY