Digi Perkenal Pelan Prabayar RM20, Internet Sosial Tanpa Had

Syarikat penyedia telekomunikasi, Digi, hari ini melancarkan kempen 'Juara Internet Familiku', dengan tawaran masa terhad di samping penjimatan hebat dalam rangkaian produk Prabayar, Pascabayar, dan Fibre Digi.

Bermula hari ini sehingga 31 Julai 2022, semua pelanggan Digi dapat menikmati tawaran hebat, antaranya:

1. Peranti percuma




Pelanggan baru Digi yang melanggan Digi Postpaid Family Unlimited pada harga RM200 sebulan layak berpeluang untuk menerima peranti Samsung Galaxy Tab A7 Lite secara percuma.

Manakala dengan Pakej PowerJimat Digi, pelanggan baru dan sedia ada berpeluang untuk menerima peranti Samsung Galaxy A03 atau Samsung Galaxy A13 apabila mendaftar dengan Digi Postpaid 60 atau Digi Postpaid 90.

2. Pelan Pascabayar SIM


Pelanggan baru dan sedia ada Digi yang bertukar ke pelan Pascabayar Digi dapat menikmati kuota Internet tambahan untuk 12 bulan.

Pelanggan pelan Pascabayar 120/150 akan menerima 50% kuota tambahan sementara pelanggan pelan Pascabayar 40/60/90 akan menerima 10GB Internet tambahan.

3. Digi Prabayar NEXT


Pelanggan baru Digi yang melanggan pelan Prabayar NEXT35/45 akan dapat menikmati 5GB Internet tambahan sehingga 12 bulan.

Mereka juga mendapat Sosial Tanpa Had (Unlimited Social) untuk Facebook, Instagram, TikTok, dan Twitter, dengan kuota hotspot tambahan jika memilih ciri pembaharuan secara automatik.

Digi memperkenalkan pelan Digi Prabayar NEXT20 mulai 1 Jun 2022, pelan peringkat permulaan baharu, tersedia untuk semua pelanggan.

Pelan Prabayar Next20 dilengkapi dengan 15GB Internet berkelajuan tinggi dan Sosial Tanpa Had (Facebook, Instagram, TikTok, dan Twitter) pada harga hanya RM20.

Terdapat tawaran-tawaran hebat lain lagi sepanjang kempen 'Juara Internet Familiku' sehingga 31 Julai 2022.

Layari https://digi.my/familiku untuk maklumat lanjut.

Sumber: Siaran akhbar Digi

Baca juga: